Isnin, 26 Ogos 2024

MAHATHIR DAN ZAHID



Saya Melayu sejak lahir, kata Dr Mahathir


TUN Dr Mahathir Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini beliau adalah Melayu sejak lahir, bukannya berketurunan India seperti didakwa.

Bekas perdana menteri itu memberi keterangannya dalam kes tuntutan saman fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.

Pada 20 Julai, 2022, Dr Mahathir memfailkan saman, menamakan Zahid yang juga presiden Umno sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Mahathir berkata defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepadanya ketika Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai, 2017.

Dr Mahathir berkata beliau percaya dengan sesungguhnya individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah sebagai “orang itu”, “dia” dan “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

“Nama saya Mahathir bin Mohamad dan saya seorang Melayu dan Islam sejak lahir dan ini berdasarkan kepada kad pengenalan saya dan bukti daripada sijil kelahiran saya yang lama dan baharu.

“Bapa saya bernama Mohamad bin Iskandar dan ibu saya adalah Wan Tempawan Wan Hanapi,” katanya dalam kenyataan bertulis saksi.

Bekas ahli Parlimen Langkawi itu, hadir di mahkamah dengan ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya Mukhriz.

Zahid sebagai defendan turut hadir di mahkamah.

Prosiding ke sini sebelum ini ditangguhkan beberapa kali berikutan Dr Mahathir mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara. – 26 Ogos, 2024.

SATU BEKAS

PRESIDEN UMNO

SATU LAGI

PRESIDEN

KAH KAH KAH

DUA DUA

MELAYU

AMIN

YANG TEPUK

TANGAN

NGAH KO MENG

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seorang berasal dari java, Indonesia, manakala Seorang lagi berasal dari Kerala India