Selasa, 24 September 2024

BERITA BAIK



Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 5,814 orang daripada 1,859 keluarga yang masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini.

Jumlah itu dilaporkan jam 4 petang tadi, berbanding 6,809 mangsa daripada 2,171 keluarga di 33 PPS pada jam 8 pagi tadi.

Empat PPS yang masih dibuka adalah di daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar mencatatkan penurunan kepada 3,921 mangsa daripada 1,274 keluarga di 16 PPS di daerah itu, berbanding 4,643 mangsa daripada 1,509 keluarga sebelum ini.

Di daerah Pendang pula masih kekal 1,606 mangsa daripada 490 keluarga di 10 PPS.

Selain itu, mangsa banjir di Kubang Pasu berkurangan kepada 225 mangsa daripada 70 keluarga di dua PPS berbanding 493 mangsa daripada 144 keluarga sebelum ini.

PPS Pokok Sena juga berkurangan 59 mangsa daripada 24 keluarga berbanding 67 mangsa daripada 28 keluarga.

Sementara itu, berdasarkan laman web Publik Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bacaan paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya 22.13 meter (m) berbanding 21.6 m pada jam 4 petang tadi.

Selain itu, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR Kota Setar dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala Sungai Bata di Kampung Bata di Kampung Bata di daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan melebihi paras waspada.

BANJIR MAKIN

REDA

AMIN

LEPAS INI KERJA

KERAS BASUH

LUMPUR

AMIN

LEPAS INI KIRA

RUGI BERAPA

HILANG BERAPA

AMIN

BERAT MATA

MELIHAT

BERAT LAGI

LUMPUR DALAM

RUMAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: