Tiga polis Israel terbunuh di Tebing Barat
TEHRAN- Tiga anggota polis Israel terbunuh manakala beberapa lagi cedera ditembak tentera Hamas di bandar al-Khalil di selatan Tebing Barat.
Menurut laporan berita IRNA, dalam operasi pada Ahad itu, pejuang-pejuang Hamas mensasarkan sebuah kenderaan di al-Khalil.
Dalam pada itu, radio Israel melaporkan, operasi tembakan Hamas turut dilaksanakan di pintu masuk selatan Tebing Barat iaitu berhampiran Sungai Jordan.
Operasi-operasi yang dijalankan berhampiran dua kawasan pendudukan Israel itu merupakan mesej jelas pejuang Hamas bahawa mereka akan terus berperang selagi rejim Israel tidak menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin, katanya dalam kenyataan.
Sejak perang Gaza Oktober lepas, sekurang-kurangnya 40,700 rakyat Palestin yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh.- Agensi
1 ulasan:
Jordan? Jangan hanya blackrock. Mengapa tiada bunyi pasal Jordan. Kau jangan bohong. Mulut nanti busuk. Kah kah kah!
Catat Ulasan