Khamis, 10 Oktober 2024

BLOOMBERG BERNIAT JAHAT ?

 



Disiasat polis dan dirampas telefon, Isham tetap bertegas Anwar perlu saman Bloomberg

Bekas pemimpin Umno Isham Jalil mengulangi pendiriannya supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyaman akhbar antarabangsa Bloomberg, meskipun kenyataan tersebut menyebabkan beliau disiasat dengan telefon bimbitnya turut dirampas polis baru-baru ini.

Isham bertegas Anwar sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu bagi membersihkan reputasi institusi perdana menteri dan nama baik Malaysia. 

"Kalau dakwaan Bloomberg itu tidak benar, itu fitnah namanya. Takkan rakyat Malaysia nak diam sahaja apabila perdana menteri kena fitnah?" kata bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu kepada MalaysiaNow.

Pada Selasa, Isham menghabiskan kira-kira dua jam disoal siasat polis Putrajaya berhubung hantaran Facebook yang mengulas laporan Bloomberg mengenai mendakwa campur tangan Anwar dalam urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jika PMX terlalu sibuk untuk saman Bloomberg, saya lihat Peguam Negara juga boleh ambil tindakan ke atas Bloomberg mewakili kerajaan Malaysia.

"Sebab Bloomberg membuat kenyataan tersebut yang ditujukan kepada PMX Anwar atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri iaitu ketua kerajaan Malaysia," tulisnya di Facebook. 

Beliau kini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 26 September, Bloomberg memetik tiga sumber yang berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, pernah memberitahu pegawainya bahawa Anwar memberi arahan memulakan siasatan terhadap beberapa musuh politik, termasuk bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya.

Pada masa sama, Bloomberg memetik sumber yang sama sebagai berkata Anwar turut memberitahu Azam supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen baharu bernilai RM1 bilion.

Pejabat Perdana Menteri dan SPRM telah menafikan dakwaan itu.

Anwar sekali lagi diasak mengenai laporan itu oleh wartawan berpangkalan di Amerika Syarikat, Mehdi Hasan, di mana perdana menteri dalam jawapannya menghalakan serangannya terhadap musuh politik yang didakwa mengumpulkan kekayaan "berbilion ringgit". 

Dakwaan terkini Bloomberg itu disusuli dengan laporan polis oleh Daim yang menggesa Anwar disiasat atas salah guna kuasa, tuduhan sama yang pernah menyebabkan pemimpin PKR itu dipenjarakan pada 1999 apabila disabitkan dengan cubaan menggunakan kuasanya sebagai timbalan perdana menteri untuk menutup siasatan berhubung salah laku seks.

Bagaimanapun, peguam Daim semalam mendedahkan polis kini menumpukan siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu melibatkan kenyataan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam - iaitu undang-undang yang sering digunakan terhadap pengkritik kerajaan dan petugas media.

Pelbagai pihak sebelum ini menggesa Anwar membersihkan namanya di mahkamah, dengan mengingatkan siri saman malu yang difailkan Anwar terhadap media sepanjang dua dekad.

"Mudah setiap kali tindakan Bloomberg seperti ini, hanya ada kenyataan-kenyataan rasmi sahaja," kata peguam Rafique Rashid kepada MalaysiaNow baru-baru ini, merujuk laporan April lalu yang mendakwa Anwar mengadakan perbincangan dengan dua taikun mengenai pembinaan sebuah kasino di Forest City, Johor.

"Tetapi kali ini... ianya sudah masuk ruang lingkup salah guna kuasa tahap tertinggi sebab melibatkan agensi penguatkuasaan dan juga PMO sendiri," kata Rafique.

Isham berkata sama ada laporan Bloomberg benar atau tidak, ia membawa implikasi yang besar.

"Saya pasti rakyat mahu cari kebenaran. Dan Bloomberg perlu jawab. Sebab itu saya cadang supaya Anwar ambil tindakan undang-undang dan saman Bloomberg," kata Isham yang dipecat dari Umno akhir tahun lalu kerana mengkritik kepimpinan presidennya Ahmad Zahid Hamidi. 

MEDIA LUAR

NEGARA BERANI

FITNAH PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

AMIN

BLOOMBERG

BERNIAT  JAHAT

AMIN

FAHMI FADIL

WAJIB HARAMKAN

MEDIA INI

BEROPERASI

DI MALYSIA

KHALAS

Tiada ulasan: