Jumaat, 11 Oktober 2024

DEMO SABTU INI



Himpunan kembalikan momentum rakyat Malaysia boikot Israel

KUALA LUMPUR: Usaha boikot Zionis Israel dan pihak serta produk yang menyokongnya serta apa sahaja yang berkaitan dengan negara pengganas itu dalam kalangan rakyat Malaysia agak mengecewakan, apabila ia kini dinormalisasikan untuk tidak diboikot.

Ketua Operasi Sekretariat Himpunan Satu Tahun Taufan Aqsa, Nadzir Helmi berkata, kini muncul golongan pempengaruh yang begitu megah membuat konten agar produk-produk pro-Zionis tidak perlu diboikot.

Sehubungan itu beliau menyatakan, rakyat Malaysia diseru untuk hadir ke Himpunan Satu Tahun Taufan Aqsa pada Sabtu (12 Okt) ini sebagai tanda solidariti dan memperingati Operasi Taufan Al-Aqsa yang bermula 7 Oktober tahun lalu.

“Himpunan yang akan diadakan itu sangat penting kerana rakyat Malaysia ibarat sudah hilang ‘momentum’ terhadap sokongan dan perjuangan rakyat Palestin.

“Kita melihat rakyat Malaysia sudah hilang momentum itu. Lebih kurang 50,000 orang (Palestin) yang mati,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Menurut beliau, berpuluh-puluh bangunan infrastruktur asas bagi sebuah negara berdaulat dimusnahkan.

“Satu kekecewaan yang cukup besar bagi NGO dan pejuang-pejuang Palestin atas sebab yang saya kira isu yang bercampur aduk. 

“Jadi, saya kira minggu ini adalah minggu untuk kita mulakan kembali untuk kita turun beramai-ramai,” tambahnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengerusi BDS Malaysia, Prof Nazari Ismail; Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua; dan wakil Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat (SEJAGAT), Ridzuan Mokhtar.

Sehubungan itu, Nadzir berharap agar rakyat Malaysia dapat hadir ke himpunan berkenaan tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit mahupun politik.

“Kita tiada apa-apa kepentingan, yang penting kita nak rakyat Malaysia semua faham ini adalah perjuangan, insya-Allah,” tambahnya.

Himpunan pada Sabtu ini akan bermula pada jam 2 petang di Masjid KLCC, sebelum bergerak ke Menara Tabung Haji dan berakhir di Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Antara yang dijadualkan hadir pada Sabtu ialah Presiden PAS,  Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan mantan Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad. – HARAKAHDAILY 10/10/2024


SEMUA DIAJAK

TURUN

AMIN

UNITED FRONT

ANTARA KITA

TANPA MENGIRA

DARI PARTI APA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

usaha berterusan terbaik buat semua yang memahami perjuangan kebenaran & momentum yg tak terkulai layu serta mekar solidarity

Tanpa Nama berkata...

pasu bunga, kerusi serta selipar sila bawa sekali untuk diterajang untuk menghilangkan stres. bawa ridhuan tee serta tokki sekali. Kah kah kah!