Selasa, 22 Oktober 2024

JIKA IRAN DISERANG - PERANG PASTI MEREBAK




Iran beri amaran, AS bertanggungjawab sepenuhnya jika Israel menyerang


NEW YORK: Iran semalam memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa ia perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku serangan balas oleh Israel ke atas republik Islam itu.

Amaran itu dikeluarkan Tehran selepas Presiden AS, Joe Biden, mengakui beliau sedar akan rancangan Israel untuk menyerang balas Iran.

Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani, menyifatkan kenyataan Biden sangat membimbangkan dan bersifat provokatif.

Beliau berkata kebimbangan itu dinyatakan dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC), yang kini diketuai Switzerland selaku presiden

"Kenyataan menghasut (Biden) ini sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan persetujuan tersirat AS dan sokongan jelas terhadap pencerobohan tentera Israel yang menyalahi undang-undang, terhadap Iran.

"Oleh itu, AS dianggap bertanggungjawab penuh terhadap peranannya dalam menghasut dan membolehkan sebarang tindakan pencerobohan oleh Israel terhadap Republik Islam Iran.

"Ia secara terang-terangan melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB," tegasnya dalam surat itu.

Sewaktu ditanya soalan oleh seorang wartawan Jumaat lalu, Biden hanya menjawab 'ya dan ya' berhubung sama ada beliau mempunyai pemahaman yang baik sekarang, mengenai bagaimana dan bila Israel akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu Iran pada 1 Oktober lalu.

Iran melancarkan sekitar 200 peluru berpandu balistik ke Israel sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas dan Hizbullah yang disokong Tehran, termasuk seorang jeneral pengawal revolusi Iran.

Sekutu AS, Israel, yang turut menyerang Gaza dan Lubnan, berikrar membalas dendam terhadap Iran atas serangan itu.

Memetik laporan Washington Post, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ada memberitahu Biden hasratnya untuk melancarkan serangan terhadap tapak tentera Iran, bukan menyasarkan infrastruktur nuklear atau minyak milik republik itu. - AFP

JIKA IRAN

DISERANG ISRAEL

PERANG PASTI

MEREBAK

AMIN

APAKAH PERANG

DUNIA AKAN

BERMULA?

JENG JENG JENG

AMIN 

Tiada ulasan: