Selasa, 29 Oktober 2024

TRUMP MENANG TAPI AKAN DIKALAHKAN


Trump dahului Harris di 7 negeri penting seminggu sebelum hari pengundian


WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) Republikan, Donald Trump, mendahului tipis pesaingnya, calon Demokrat, Kamala Harris, pada peringkat nasional sebanyak 0.1 peratus dan kekal di hadapan di tujuh negeri penting dengan purata 0.9 peratus.

Pemilihan Presiden AS 2024 pada 5 November ini menjadi wadah bagi rakyat AS menentukan Presiden ke-47 mereka.

Purata tinjauan yang dihimpunkan laman sesawang RealClearPolitics menunjukkan bekas Presiden AS, Trump, dan Harris, yang juga Naib Presiden AS, terus bersaing rapat pada peringkat nasional menjelang pilihan raya seminggu lagi, lapor Agensi Anadolu.

Bagaimanapun, Trump mendahului di negeri-negeri penting yang akan menjadi penentu kepada keputusan pemilihan itu.

Kelebihan Trump paling tipis di Michigan, Wisconsin, Pennsylvania, Nevada dan North Carolina dengan bekas presiden itu mendahului masing-masing dengan 0.1 peratus, 0.3 peratus, 0.5 peratus, 0.7 peratus dan 0.8 peratus selain 1.5 peratus di Nevada serta 2.3 peratus di Georgia.

Negeri-negeri itu penting kerana rakyat AS tidak memilih presiden secara langsung, sebaliknya, prosesnya berlaku melalui Badan Perwakilan Pemilih di mana 538 wakil membuat undian mereka berdasarkan keputusan di negeri masing-masing.

Mana-mana calon yang berjaya mendapatkan 270 undi Badan Perwakilan Pemilih akan memenangi pilihan raya. Wakil pemilih diberikan kepada negeri-negeri berdasarkan penduduk mereka.

Kebanyakan negeri memberikan semua undi pemilih kepada calon yang memenangi undi popular di negeri berkenaan.

Model 'winner-take-all' itu tidak diterapkan di Nebraska dan Maine, yang sebaliknya memperuntukkan undi mereka secara berkadar berdasarkan keputusan akhir.

Menurut laporan, tinjauan yang dijalankan pada Ogos menunjukkan Harris mendahului Trump di Michigan dan Wisconsin, namun kelebihan beliau hilang dalam tempoh dua bulan yang lalu, begitu juga dengan kelebihan beliau di Georgia, Nevada, dan Pennsylvania.

Sekiranya Trump memenangi kesemua tujuh negeri penting itu, beliau akan melebihi jumlah undi pemilih yang diperlukan untuk menang, dengan 312 undi pemilih, meninggalkan Harris dengan 226 undi.

Hakikat bahawa Badan Perwakilan Pemilih yang akhirnya menentukan pemenang perlumbaan presiden telah menyebabkan pemenang kalah dalam undi popular sebanyak dua kali dalam tempoh 25 tahun yang lalu, termasuk kemenangan Trump pada 2016 apabila beliau menerima hampir tiga juta undi kurang daripada bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton.

Lazimnya, pemenang presiden diumumkan lewat malam pilihan raya, namun pada 2020, ia mengambil masa empat hari untuk pengumuman pemenang dibuat berikutan margin kemenangan yang sangat kecil di beberapa negeri, termasuk Georgia.

Pihak berkuasa pilihan raya mengarahkan pengiraan semula undi secara manual di Georgia, yang mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan. - BERNAMA-ANADOLU

DEEP STATE

DAULAH TERPENDAM

SEDAYA UPAYA

AKAN MEMASTIKAN

TRUMP KALAH

AMIN

MEDIA AKAN

MEMAINKAN

PERANAN YG SAMA

AMIN

JIKA HURU HARA

MUNCUL PASCA

5 NOVEMBER

YAKINLAH INI

PROJEK

 DEEP STATE

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan: