Isnin, 25 November 2024

CONTOHI SELANGOR



Selangor cadang larang guna beg plastik di premis perniagaan Jumaat-Ahad tahun depan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang untuk melaksanakan larangan penggunaan beg plastik di mana-mana premis perniagaan di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad, tahun depan.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, berkata kerajaan negeri sedang meneliti punca kuasa untuk menguatkuasakan inisiatif itu dalam usaha ke arah bebas penggunaan beg plastik.

"Tahun ini, kita telah mengadakan bengkel untuk memperkuat atau memperketatkan undang-undang berkaitan, di samping tindakan penguatkuasaan bagi perkara itu.

"Ketika ini, penting juga untuk kita mengetahui apa jenis punca kuasa yang boleh digunakan bawah bidang kuasa kerajaan negeri supaya apabila diumumkan inisiatif ini, ia dapat dilaksanakan seiring dengan tindakan penguatkuasaan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru) mengenai perancangan kerajaan negeri untuk terus mempergiatkan kempen sifar plastik dan polistirena.

Selangor melaksanakan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' mulai 2010, dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.

Pengguna dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Julai lalu, Jamaliah dilapor memaklumkan bahawa Selangor merekodkan RM38 juta kutipan caj beg plastik 20 sen sejak 2020 hingga 2023.

Beliau dipetik berkata, hasil kutipan itu diguna untuk melaksanakan pelbagai usaha, termasuk penamaan pokok, pemasangan lampu solar, sambutan Hari Bumi serta projek kebun komuniti.

LANGKAH BIJAK

WAJIB SOKONG

AMIN

NEGERI LAIN

JUGA WAJIB

BUAT SAMA

AMIN

PLASTIK RACUN

BUMI MANUSIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: