Selasa, 19 November 2024

JANGAN BERI DAIM DNAA




'Anwar jangan berselindung di sebalik kematian Daim': Keluarga mahu perbicaraan diteruskan


Keluarga Allahyarham Daim Zainuddin berkata tiada keperluan bagi pihak berkuasa untuk menghentikan proses pendakwaan terhadapnya atas pertuduhan tidak mendedahkan aset, dengan mengatakan bekas menteri kewangan ketika hayatnya menantikan perbicaraan di mahkamah untuk membersihkan namanya sekaligus membuktikan tuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.

"Saya bagi pihak Allahyarham, ingin menegaskan bahawa adalah menjadi hasrat beliau supaya perbicaraan terhadapnya diteruskan di mahkamah sehingga tamat, walau apapun terjadi kepadanya. 

"Daim mendambakan harinya di mahkamah dan penuh yakin bahawa akhirnya beliau akan didapati tidak bersalah," kata balu Daim, Naimah Khalid dalam satu kenyataan.

Ia susulan Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar yang memberi isyarat kes tersebut akan disemak semula, selepas Daim meninggal dunia pada 13 November.

Daim dan Naimah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta, dalam apa yang disifatkan pasangan itu mnerupakan serangan bermotifkan politik oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Naimah berkata mereka yakin sejak dari awal bahawa siasatan SPRM adalah bersifat "sembrono, berniat jahat dan bermotifkan politik"

"Bahawa ia tidak berasas adalah jelas daripada fakta bahawa bukan sahaja perdana menteri yang mencetuskan siasatan mahupun Ketua SPRM Azam Baki dapat menyatakan sehingga hari ini apakah kesalahan yang kononnya dilakukan oleh Daim.

"Mereka tidak boleh menyatakan kesalahan, kerana tidak ada kesalahan sedemikian," katanya.

Kami tidak akan membenarkan Anwar Ibrahim cuba berselindung di sebalik kematian Daim untuk mengelak mengambil tanggungjawab di atas fitnah yang dilontarkannya berulang-ulang terhadap Allahyarham secara terbuka. Pembebasan Daim kelak akan membuktikan pengkhianatan dan pembohongan Anwar."

Naimah berkata peguamnya diarahkan untuk memaklumkan keputusan itu kepada peguam negara apabila perbicaraan disambung esok.

Pada 30 Sept, Naimah membuat laporan polis bagi pihak Daim, menggesa siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Anwar susulan sebuah laporan Bloomberg yang memetik sumber mengatakan Azam telah memberitahu pegawainya bahawa siasatan SPRM dilancarkan atas arahan perdana menteri.

Sumber itu juga mendakwa Anwar meminta Azam untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen baharu bernilai satu bilion ringgit.

Pejabat Perdana Menteri dan SPRM telah menafikan dakwaan itu.

JANGAN BERI

DAIM DNAA

AMIN

DAH MATI

DAH ARWAH

BICARA WAJIB

DITERUSKAN

JENG JENG JENG

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

geng2 PKR/PH mmg suka tunggang orang mati..