Bung digesa undur diri dari UMNO Sabah, tumpu kes mahkamah – Zulkarnain
KUALA LUMPUR – Sudah tiba masa untuk Bung Moktar Radin berundur diri dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perbicaraan kes mahkamah yang dihadapi oleh beliau.
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), k Zulkarnain Mahdar berkata, cadangan itu dilihat yang boleh mengembalikan sokongan rakyat dan akar umbi kepada UMNO di Sabah.
“Umum mengetahui Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan pada tahun hadapan, justeru ahli UMNO Sabah di peringkat akar umbi amat memerlukan kepimpinan yang mempunyai lebih masa bersama mereka.
“Sebagai bekas aktivis UMNO yang terlibat secara aktif membantu UMNO di Sabah sejak sekian lama.
“Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyokong UMNO selepas Bung meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad diperintahkan membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Noorin Badaruddin sebulat suara membuat perintah itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
Pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 September tahun lalu, yang melepas dan membebaskan pasangan itu selepas membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.
Panel kemudian memerintahkan kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Sesyen bagi Bung Moktar dan Zizie Zizie Izette membela diri terhadap tiga tuduhan terbabit.
Dalam pada itu, Zulkarnain juga berkata, beliau mengakui dan berharap Bung dibebaskan sepenuhnya daripada tiga pertuduhan itu.
“Dalam masa sama G57 menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu,” katanya lagi. –
2 ulasan:
UMNO Sabah beeguncangan
Jom kita membatu api kan UMNo Dan Gang Hajiji
#JomJariBatuApi
biar gaduh dan bersilat sampai ke gelanggang mahkamah jangan biar ada kes bebas DNAA lagi ini reja mahkamah punya keputusan lepas bebas atau sangkut!! pengadilan keadilan madani.
Catat Ulasan