Jumaat, 21 Februari 2025

JADIKAN KETUM INDUSTRI PERTANIAN


Ingatkan bawa sejadah, rupanya ketum


Jeli: Lori tiga tan yang disangka membawa produk sejadah rupanya disewa untuk mengangkut 2.79 tan daun ketum yang dianggarkan bernilai RM111,600.

Lori jenis Isuzu itu ditahan di sekatan jalan raya di Batu 13 Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang di sini, jam 6.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, kenderaan itu ditahan sebaik pihak berkuasa mendapati ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Ia dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu dan ketika diminta membuka belakang lori untuk pemeriksaan, suspek enggan sebelum pihak polis terpaksa memecahkan pintu.

"Pemeriksaan lanjut dalam lori itu menemui 279 bungkusan plastik hitam mengandungi 2.79 tan daun ketum dianggarkan bernilai RM111,600.

"Daun ketum itu dibawa dari utara Semenanjung dan dipercayai untuk pasaran di Pasir Puteh serta Machang," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini, hari ini.

Saari berkata, daun ketum yang dirampas itu jika terlepas boleh digunakan untuk 10,000 penagih ketum.

Katanya lagi, suspek mengaku menyewa lori terbabit untuk membawa daun ketum dan menerima upah sebanyak RM800.

"Suspek yang juga seorang penganggur sudah menjalankan kegiatan itu lebih dua tahun lalu namun baru empat kali membawa bekalan daun ketum itu.

"Lelaki itu tidak memiliki rekod lampau serta negatif dadah dan suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini sehingga 24 Februari bagi siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM100,000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

KENAPA KITA

IKUT UNDANG2

BAGINDA QUEEN

AMIN

KENAPA KITA

JENAYAHKAN

KETUM ?

AMIN

INI TANAMAN

ASLI KITA

AMIN

KETUM BERHARGA

UNTUK DI JUAL

KE LUAR NEGARA

AMIN

JADIKAN KETUM

INDUSTRI

PERTANIAN

MACAM PADI

MACAM KELAPA

AMIN

BERAS PULUT

BUAT SAMSU

BUAH KELAPA

BUAT TODI

KENAPA TAK

DI JENAYAHKAN?

AMIN

KENAPA KITA

JADI BODOH

KHALAS

Tiada ulasan: