Khamis, 20 Februari 2025

PERANGAI ANWAR BLACKROCK



Erdogan dihalang ziarah Mahathir, kata Wan Fayhsal


Seorang pemimpin Perikatan Nasional mendedahkan bahawa Presiden Recep Tayyip Erdogan baru-baru ini telah dihalang daripada bertemu Dr Mahathir Mohamad semasa lawatan rasmi pemimpin Turkiye itu ke Malaysia baru-baru ini.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menamakan Erdogan sebagai salah seorang pemimpin luar yang dihalang daripada bertemu Mahathir, susulan kenyataan pemimpin berusia 99 tahun itu yang mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghalang pemimpin asing menziarahinya.

Wan Fayhsal menyahut cabaran setiausaha politik Anwar, Kamal Munim, supaya Mahathir menamakan pemimpin yang didakwa dihalang bertemu dengannya.

"Saya sebutkan untuk Tun M: Erdogan telah dihalang berjumpa dengan Tun M," tulisnya dalam hantaran X.

"Akhirnya hanya isteri Erdogan saja dapat jumpa Tun Siti Hasmah. Tun M bukan kaki kelentong macam bos kamu," kata Wan Fayhsal.

MalaysiaNow sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri serta kedutaan Turkiye untuk mendapatkan respon.

Ditemu bual oleh sebuah podcast baru-baru ini, Mahathir mendakwa ramai pemimpin asing yang ingin menziarahinya dihalang daripada berbuat demikian oleh Anwar.

"Ada pemimpin negara asing minta nak jumpa saya. Oh tak boleh, tak boleh jumpa. (Pemimpin itu ) dari dua-tiga buah negara.

“Pemimpin-pemimpin itu kawan saya, kenal saya dan mereka datang ke Malaysia nak jumpalah dengan saya, oh tak boleh,” katanya dalam podcast "Apa Cerita".

Anwar sering menggambarkan dirinya sebagai peminat Erdogan, malah pernah mendakwa pemimpin Turkiye itu membantunya ketika berdepan pertuduhan liwat kedua pada 2008. Dakwaan Anwar itu masih belum disahkan kerajaan Turkiye.

Erdogan kali terakhir melawat Malaysia ketika pentadbiran penggal kedua Mahathir pada 2019, di mana beliau menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur bersama pemimpin Qatar dan Iran. Sidang itu merupakan cetusan idea Mahathir untuk menyatukan beberapa negara Islam penting, usaha yang dilihat banyak pihak sebagai membina blok baharu untuk menawarkan alternatif kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Pada Jun 2023, tujuh bulan selepas Anwar mengambil alih kuasa, Erdogan menyambut mesra Mahathir dan isterinya ke istana presiden di Ankara ketika pasangan itu singgah di Turkiye.

Pemimpin Turkiye itu turut menjemput Mahathir untuk menghadiri sidang di Istanbul sebagai susulan kepada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur.


INI PERANGAI

ANWAR

BLACKROCK

KAH KAH KAH

NANTI MADEY

DILIHAT OLEH

RAKYAT

DAN 

MEDIA DUNIA

SEBAGAI HEBAT

KAH KAH KAH

INI BAHAYA

DAN MEMALUKAN

UNTUK ANWAR

BLACKROCK

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ooh si fahsyal bengong tu. kaki temberang tahap dewa seperti Hishamuddin Rais. Kah kah kah!