Isnin, 24 Februari 2025

RAMAI DUIT - SATU BANGLO !!!



RM150 juta ditemui dalam serbuan SPRM di rumah bekas Setiausaha Politik PM9 Dato’ Sri Ismail Sabri

Date: February 23, 2025

Author: Corporate Untold

Kuala Lumpur, 23 Februari 2025 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menemui wang tunai berjumlah RM150 juta dalam satu serbuan di kediaman Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus bekas Setiausaha Politik PM 7 Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob. Serbuan tersebut, yang dilakukan oleh pasukan khas penyiasatan, dikatakan sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Menurut sumber wang tunai itu ditemui dalam beberapa beg besar dan peti keselamatan yang tersimpan di beberapa bilik khas dalam kediaman berkenaan. Selain wang tunai, pihak berkuasa juga merampas dokumen penting, barang kemas, dan peranti elektronik yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Jurucakap agensi penyiasatan mengesahkan bahawa serbuan itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh dalam tempoh beberapa bulan terakhir. “Kami sedang menyiasat asal-usul wang tunai ini dan sama ada ia berkaitan dengan sebarang aktiviti jenayah kewangan,” katanya

Sejak desas-desus itu kecoh semalam Dato’ Sri Ismail Sabri dilaporkan dikejarkan ke hospital Sunway Medical Centre, Kota Damansara selepas tidak sedarkan diri pada awal pagi Sabtu. Dalam satu mesej yang tular melaporkan keadaan bekas Perdana Menteri.

“Datuk Seri Ismail pengsan dan tidak sedarkan diri pagi tadi. Semoga beliau diberi kesembuhan oleh Allah SWT,” kongsi salah seorang pembantu bekas Perdana Menteri itu, Yuri Azhar Mazlan, dalam catatan di Facebook. Turut dimuat naik sekeping gambar Ismail Sabri yang sedang berehat di katil hospital.

Ismail Sabri pengsan selepas serbuan SPRM ke atas SUPOLnaya
Pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan penemuan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Dato’ Sri Ismail Sabri dan beberapa pemimpin UMNO BN terkenal sebagai pemimpin yang sentiasa membuat langkah pintu belakang menubuh atau menjatuhkan kerajaan.

Rampasan RM150 juta menunjukkan pegawai PM9 sebelum ini mengumpul kekayaan atas alasan kempen pilihanraya poster boy namun wang pilihanraya itu disimpan tidak diberikan kepada parti. Mungkin lerbih ramai pegawai yang ada kaitan dengan Dato Sri Ismail Sabri akan ditangkap lagi.

Seorang lagi dalam radar ialah Datuk Armand Azha Abu Hanifah, “blue eye boy” Ismail Sabri yang dikatakan mengumpul lebih RM400 juta hasil duit derma kempen Pilihanraya ke 15 ‘Poster boy’ Ismail Sabri.

Bukan itu sahaja Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang membawa lari duit pilihanraya bersekongkol dengan Nazimah bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-9 Ismail Sabri.

Duit-duit itu jugalah digunakan membeli undi di 189 bahagian yang menjalankan pemilihan bagi sayap pergerakan UMNO. Sehingga kini wang RM400 juta yang disembunyikan oleh Datuk Arman itu tidak diketahui. Apakah Datuk Arman pula akan jadi sasaran?



WOIT

150 JUTA

WOW !!!

GILA RAMAI

RINGGIT 

BERKUMPUL

KAH KAH KAH

MESTI PENUH

SATU BANGLO

AMIN

INI KES TAMAK

TAK NAK KONGSI

RAMAI RAMAI

KAH KAH KAH

MESTI TIDUR

DALAM RINGGIT

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Australia ada undang2 ttg electoral expenditure cap..sorang calon boleh belanja maximum $20k termasuk belanja poster dan iklan kat TV untuk satu GE

Bila negara Isley Punah Wal Jemaah nak tiru negara Atheis ni.

Mustahil SPRM tu biol2 belaka hingga tak boleh pikir root causes kes2 ni dan jumpa solusi untuk hapuskan rasuah politik dan percaturan politik cukong2 dan musuh2 negara.