Israel mahu kawal keseluruhan Gaza selepas perang
GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengumumkan tentera Israel akan mengambil alih kawalan penuh ke atas Gaza selepas operasi ketenteraan yang sedang berlangsung tamat.
Kenyataan itu dibuat dalam sidang media pertamanya sejak Disember, di tengah-tengah serangan udara yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 82 orang sejak awal pagi Rabu.
Beliau juga menetapkan syarat bahawa apa sahaja yang perlu akan dilakukan oleh tentera Israel bagi menamatkan perang yang dahsyat ke atas kawasan Palestin yang dikepung itu.
Netanyahu menegaskan bahawa kawalan penuh ke atas Gaza adalah perlu bagi memastikan keselamatan Israel dan menghapuskan ancaman daripada Hamas.
Bagaimanapun, kenyataan ini mendapat kecaman daripada beberapa negara, termasuk United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU), yang menyifatkan tindakan Israel sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Serangan udara Israel terus menyasarkan beberapa kawasan di Gaza, termasuk hospital dan kem pelarian.
Hospital Nasser melaporkan bahawa seorang bayi yang baru lahir serta beberapa wanita turut terkorban dalam serangan terbaharu.
Keadaan di hospital semakin kritikal, dengan kekurangan bekalan perubatan dan tenaga kerja yang semakin meruncing.
Netanyahu meletakkan dua syarat untuk menghentikan serangan iaitu iaitu pembebasan semua tebusan Israel, hamas meletakkan senjata dan semuan pemimpinnya disingkirkan dari Gaza.
Syarat kedua ialah pelaksanaan rancangan yang digariskan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Februari, bagi 'memindahkan' penduduk Palestin dari Gaza.
Trump sebelum ini pemindahan itu adalah bagi membangunkan Gaza menjadi 'Riviera Asia Barat' dan kemudian membenarkan penduduk Gaza pindah kembali, namun ramai yang berpendapat ia hanya helah bagi memngusia mereka secara kekal.
Ini adalah kali pertama rancangan Trump disebut oleh Netanyahu, sebagai satu daripada syarat untuk menghentikan pertempuran. Beberapa negara dan kumpulan hak asasi melihat perkara itu sebagai rancangan pembersihan etnik. - AGENSI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan