Sabtu, 24 Mei 2025

IRAN BERI AMARAN PADA ISRAEL





Iran beri amaran kepada Israel, AS jika tapak nuklearnya diserang

DUBAI: Amerika Syarikat (AS) akan memikul tanggungjawab undang-undang sekiranya Israel menyerang kemudahan nuklear Iran, kata Menteri Luar Negeri, Abbas Araqchi semalam.

Ia susulan laporan CNN, bahawa Israel mungkin akan melancarkan serangan terhadap Iran.

Iran dan AS yang juga sekutu rapat Israel akan mengadakan rundingan nuklear pusingan kelima di Rom, Itali, hari ini di tengah-tengah perselisihan mendalam mengenai langkah Iran memperkaya uranium yang menurut Washington boleh membawa kepada pembangunan bom nuklear.

Bagaimanapun, Iran menafikan niat sedemikian.

Memetik sumber perisikan, CNN pada Selasa lalu berkata, masih kabur sama ada Israel bakal membuat keputusan muktamad mengenai tindakan ketenteraan dan pegawai AS tidak bersetuju mengenai keputusan terbabit.

"Iran memberi amaran keras terhadap sebarang tindakan keganasan oleh rejim Zionis Israel dan akan bertindak balas dengan tegas terhadap sebarang ancaman atau tindakan yang menyalahi undang-undang," kata Araqchi dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Araqchi berkata, Iran akan melihat Washington sebagai 'lawan' dalam mana-mana serangan sedemikian dan Tehran perlu mengambil 'langkah khas' untuk melindungi tapak dan bahan nuklearnya jika ancaman berterusan.

Tambahnya, badan pemerhati Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan dimaklumkan kemudian mengenai langkah berkenaan.

Walaupun Araqchi tidak menyatakan langkah yang sedang dipertimbangkan, April lalu, penasihat kepada pemimpin tertinggi Iran berkata, Tehran boleh menggantung kerjasama dengan IAEA atau memindahkan bahan yang diperkaya ke lokasi selamat dan tidak didedahkan.

Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan semalam, Pengawal Revolusi Elit Iran memberi amaran bahawa Israel akan berdepan 'tindak balas yang dahsyat dan tegas' jika menyerang Iran.

"Mereka cuba menakut-nakutkan kita dengan peperangan tetapi tersilap percaturan kerana tidak menyedari sokongan popular dan tentera yang kuat boleh diperoleh Republik Islam dalam keadaan perang," kata jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Alimohammad Naini.

WOIT

JIKA IRAN

DISERANG  DUNIA

AKAN MELEDAK

AMIN

IRAN AKAN BOM

KAPAL  MINYAK

AMERIKA

DI SELAT HORMUZ

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: