Isnin, 5 Mei 2025

PAGI INI

 

PAGI INI

PAGI INI

SENIN 5 MEI 2025


DATIN SRI HILANG
Berita tersebar seorang Minah Datin Sri hilang dalam perjalanan ke pejabat SPRM di Putrajaya. Jeng jeng jeng.

Di lapor Datin Sri ini datang untuk beri maklumat tentang kes pengubahan wang haram. Jeng jeng jeng. Wang haram sapa? Jenge jeng jeng.

Di laporkan juga laki Datin Sri ini sedang bergaduh nak CERAI dengan DATUK SERI jeng jeng jeng. Sapa Datu Sri suami Minah ini ?  Politikus? Ahli perniagaan ? Kepala samseng ? Sapa?

Pelik amat pelik – kes kena culik ini bulan lalu baru sekarang heboh./WAT IS DE  BEKOS kah kah kah.

Dalam lebuh raya ada TOL pasti ada kamera. Lebuh raya AMEX ke Putrajaya pasti banyak kamera. Jeng jeng jeng. Mustahil tak ada gambar.

Dari gambar dalam akhbar nampak Datin Sri ini bergetah dan cun. Kalau cerai ada seorang  lagi janda kaya kah kah kah.

YAMAN
Peluru berpandu dari Yaman berjaya menembus benteng Israel. Meledak di Lapangan Terbang Ben Gurion – ini lapangan terbang utama Israel.

ISRAEL
Setanyahu marah sangat keran Ben Gurion di tembak oleh Houthi Yaman. Setanyahu berjanji akan membalas.

ROMANIA
Penyokong kuat Trump di Romania menang kiraan undi pertama untuk memilih Presiden.

AMERIKA
Trump umum tarif 100% untuk filem yang masuk ke Amerika dari luar negara.

RUSIA
Putin kata senjata nuklear tidak termasuk dalam perancang Rusia dalam Perang Ukraine.

IRAN
Mendedahkan peluru berpandu jenis baru. Jarak sampaian 1200 kilometer.

INDIA- PAKISTAN
Aliran air Sungai Chenab ke Pakistan di tutup. DI PBB  Wakil Pakistan menyatakan rasa gusar terhadap perkembangan baru ini.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sejuk. KL & KL Sentral cerah. Kemarin petang hujan lebat. Matahari dah keluar. Cahaya masih lemah.
Langit  berawan putih biru. Tidak kelihatan awan gelap.

Pagi ini Hokkien agak sunyi – tak dengar suara unggas. Hanya suara Warga Asal yang di dengar.

Berjalan pulang di tepi hutan belukar tepia pagar Murai berkicau. Ha ha. Pagi menjadi indah bila Murai berkicau.

Ketika gua mengetik gua dengar sayu-sayu Jantan berkokok entah dari arah mana.

Gua yakin hari ini akan panas. Petang mungkin hujan. Jika hujan malam jadi sejuk.

BRO
SENYUM
SENYU DI PAGI SENIN

Sarat  sampan berisi sagu
Sagu rumbia sedap rasanya
Kesian Rafizi kena  tipu
Jelas nampak kena aniaya

Mulia umat kerana beradat
Adat terpakai akhlak terpuji
Ramai di  tipu tanpa syarat
Inilah nasib   budak Rafizi

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: