Khamis, 29 Mei 2025

UMNO DAN RASUAH DI SABAH



‘Anak jantan’: Umno Sabah puji Rafizi, hentam Adun didakwa rasuah
Pengarah Komunikasi Strategik Umno Sabah  Rosman Datu Ahir Zaman membuat perbandingan ketara antara perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai menteri dengan sikap pemimpin negerinya yang dikaitkan dengan skandal rasuah.  

"Ini baru betul anak jantan," tulisnya dalam catatan Facebook, disertakan gambar Rafizi.  

Namun,  Rosman kesal dengan situasi di Sabah, yang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dikaitkan dengan skandal lesen mineral enggan meletakkan jawatan.  

“Satu Malaysia sudah tahu lapan Adun kerajaan SMJ (Sabah Maju Jaya) terlibat dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. 

“Mereka akan dipanggil semula dalam masa terdekat oleh pihak SPRM. Sehingga hari ini mereka tidak berani untuk meletak jawatan,” tambahnya.


Rosman juga mengingatkan kenyataan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, sebelum ini berkaitan gaji wakil rakyat yang “tidak cukup”.

“Beginilah realiti sebenar "anak jantan" buatan GRS SMJ,” katanya.

Hajiji membuat kenyataan itu ketika mempertahankan Adun Sabah dengan mencadangkan bahawa perbualan dalam video yang dibocorkan mungkin merujuk kepada derma politik.

Pada 22 Mei, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan laporan forensik mengenai video tersebut telah diterima.  

Namun, dia berkata masih tidak boleh mendedahkan sama ada video itu asli atau tidak pada ketika ini kerana ia boleh menjejaskan siasatan.  

Sebaliknya, Azam mengarahkan pegawai penyiasat memanggil semula semua individu berkaitan untuk sesi soal siasat tambahan.  

Video-video itu didakwa dirakam oleh seorang ahli perniagaan yang mendakwa telah memberi rasuah kepada Adun untuk mendapatkan lesen penerokaan perlombongan.  

WOIT

JAWABNYA MUDAH

RATUS RATUS RIBU

TURUN RAMAI

RAMAI

KE JALAN RAYA

KHALAS

Tiada ulasan: