PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 12 JUN 2025
RAYA DAH HABIS
IRAN AKAN DISERANG
Ini berita tidak baik. Trump baru beri arahan - pekerja dan keluarga warga Amerika di kedutaan Amerika di Iraq di bawa pulang. Hanya yang perlu sahaja tinggal.
Manakala di Kuwait dan Bahrain Pentagon telah mengarahkan soldadu dan pegawai tentera serta keluarga mula berundur.
Suasana tegang. Perbincangan Iran-Amerika tentang tenaga nuklear untuk Iran tergantung. Boleh dianggap gagal.
Amerika mahu semua makmal nuklear – semua fasilitas nuklear Iran di tutup. IRAN ENGGAN IKUT ARAHAN AMERIKA.
Trump beri masa untuk selesaikan perundingan. Masa hampir tamat. Justeru keadaan tegang.
Di belakang semua ini ialah Zionis Israel Blackrock. Netanyahu mahu Amerika menyerang Iran. Sama seperti Amerika menyerang Iraq. Memusnahkan Libya. Menjatuhkan Bashar di Syria. Ini projek KAUM ZIONIS untuk memastikan Israel hanya satu kuasa terkuat DAN MEMILIKI SENJATA NUKLEAR di Timur Tengah
AMERIKA
Pendatang haram masih membuat huru hara di Los Angeles. Ramai di tangkap. Keadaan darurat.
GAZA
Hamas berjaya membunuh 50 orang pembelot. Ini adalah askar upahan warga Gaza yang di dirikan oleh Zionis Israel
ISRAEL
Ramai soldadu Zionis Israel Blackrock enggan pergi perang. Mereka tidak datang daftar diri.
GAZA
Zionis Israel tembak mati 60 warga Gaza yang sendang menunggu bantuan makanan.
UK
Rundingan perniagaan antara China dengan Amerika di London berjaya. Persetujuan di capai. Butir lanjut belum di umum.
HOKKIEN
Pagi ini kering segar cerah. Matahari dah bersinar panas. Langit biru terbentang. Langit di atas KL & KL Sentral berjerebu nipis.
Di pintu masuk jantan berkokok. Tapi hanya sekejap. Di bukit Tekukur bersuara. Tiong seperti biasa loncat meloncat di keliling Abang Potong Rumput. Menunggu belalang dan ulat.s
Hari ini pasti panas. Datang lah Hujan Rahmat bawa sejuk. Biar malam sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM SENYUM
DI PAGI KHAMIS
BRO
Lu selalu selalu berimaginasi menderita. Ini bukan kenyataan.
BRO
Lu jangan buang masa berbincang apa itu tanda dan ciri sosok baik. Lu jadilah sosok baik membantu manusia dan haiwan.
BRO
Kebahagiaan dalam hidup lu bergantung pada kualiti pemikiran lu. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan