PAGI INI
PAGI INI
SABTU 7 JUN 2025
HARI INI HARI RAYA HAJI
HARI RAYA HAJI
Gua rayakan hari ini kerana ini sebahagian dari Islam budaya. Sama ada semua ini berasal usul dari budaya Pagan Arab Lama bukan soalan. Yang gua nak timbulkan ialah ketika kita berhari raya marilah kita ingati warga Gaza.
Mari kita ingati juga warga Sudan. Warga Afghanistan. Warga Rohingya, warga Ukraine , warga Rusia dan ramai lagi yang terjebak dalam kancah perang.
Ketika kita makan sedap – ingatilah mereka yang kurang bernasib baik. Negara kacau bilau. Negara dalam kancah perang. AMIN
JUAL AGAMA
Jual Agama ini adalah perniagaan ke dua yang paling tua dalam dunia. Perniagaan jual badan yang tertua. Tahun demi tahun kita terus terbaca – UMRAH TIPU – VISA KE MEKAH TIPU – SYARIKAT UMRAH TUTUP - POLIS TANGKAP DATUK JUAL VISA dan dan dan.
Inilah hakikat jual agama.
Cara jual agama ini mudah di iklankan : Pertama warga di takut-takutkan dengan api neraka. Bila dah takut cara nak lepas dari api neraka ialah beli tiket buat haji ke MEKAH minta ampun pada Batu Itam.
POLITIKUS PERASUAH MEKAH
Tahun ini kita lihat makin banyak politikus lari ke Mekah. Nurul dan Laki Mualaf Setahun – Sebotol Untuk Lu – pergi ke Mekah potong que. Zafrul juga ikut sama.
Penjahat dan perasuah dan politikus guna Mekah untuk tutup jenayah mereka. Justeru jelas Agama dijadikan alat kebal. Kah kah kah. AMIN
AMERIKA
Trump dan Elon terus bergaduh. Elon cadang agar Trump di pecat. Elon juga cadang bahawa Amerika perlu satu lagi parti ketiga.
ISRAEL
Setanyahu secara terbuka mengakui memberi senjata pada PEMBELOT PALESTIN untuk buat huru hara di Gaza.
SIAM – KAMBOJA
Dua negara ini sedang gaduh di sempadan. Berlaku tembak menembak. Perbalahan sempadan.
ISRAEL
Setanyahu kerah ribuan askar untuk bersedia masuk ke Gaza.
SINGAPURA
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura tamat tahanan di rumah. Kes rasuah terima 10 tiket untuk lihat pesta lumba kereta. Dia kena 12 bulan penjara.
KAMBOJA
Negara ini bercadang nak bawa kes sempadan dengan Siam ke Mahkamah Antarabangsa di Belanda.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya lembut. KL & KL Sentral berjerebu. Langit ada awan biru dan ramai awan putih.
Suara Tekukur kuat di dengar. Tuk Tuk Tuk dan Chi Chip Chip juga di dengar. Depan Pokok Ara gua dengar macam suara Tempua. Dah masuk bulan Jun masih tidak kelihatan satu pun rumah banglo Tempua. Ke mana mereka pindah tahun ini ?
Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak balik kampung. Nak bawa Ezi dan Tak Tak sama. Ezi dah tua nak tengok Jelebu. Dah lama tak balik kampung. Raya dulu dah naik kereta tapi tak jadi. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SABTU
SENYUM DI PAGI RAYA
BRO
Lu buat baik lu akan jadi orang baik.
BRO
Kelmarin dah berlalu. Raya kan hari ini.
BRO
Jangan beratkan hidup lu dengan dendam. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERHARI RAYA


1 ulasan:
Ramai sudah sampai mencuci dosa, akan kembali mulakan semula, harta kekayaan dikumpulkan bersama-sama, apakan daya rakyat menderita, menunggu giliran, agen pulak menipu memanjang, kuota diberikan kepada orang pilihan sama macam kedudukan pingat pangkat jawatan, hanya yang berada dalam lingkungan berkuasa, manakala yang berkerja biasa setiap hari terus ditinggalkan kerana tidak popular, tidak pandai menjilat jari tidak pandai mencium tangan pemimpin kah kah kah dunia terbahagi kepada dua golongan, satu geng pembodek satu geng kebiasaan kah kah kah kalau tak faham aturan ini baik terjun ke laut dan hilang kah kah kah
Catat Ulasan