Selasa, 3 Jun 2025

PARTI KELUARGA RESMI BERGADUH TERUS





‘Cukuplah, kini masa untuk PKR bergerak ke depan’

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Siti Aishah Shaik Ismail menyeru para ahli parti itu agar menghentikan ketegangan dalaman dan sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh parti serta berkhidmat kepada rakyat.

Mengulas penolakan Rafizi Ramli terhadap jawatan lantikan dalam parti, Siti Aishah mendakwa bekas timbalan presiden PKR itu bersikap "dingin" terhadap kepedulian "rakan-rakan dalam parti" yang masih mahu dia terus berperanan walaupun tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dia berkata pendirian Rafizi seharusnya dilihat sebagai isyarat agar semua pihak melangkah ke hadapan.

“Saya kira buat masa ini cukuplah untuk kita lalui fasa ini daripada berterusan mengheret rakyat kepada isu dalaman parti ini sendiri.

“Kita harus kembali fokus, sesuai dengan janji dan saranan agar PKR terus bekerja dan melakukan islah serta pembinaan kekuatan parti secara kolektif dalam kebersamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menegaskan bahawa setiap pemimpin berhak meluahkan perasaan masing-masing, Siti Aishah berharap Rafizi dapat memberi ruang kepada parti untuk terus bergerak ke depan dengan lancar. 

“...Namun berlaku adil juga kepada semua kepimpinan atasan sehingga akar umbi. PKR mesti digerakkan oleh kerja dan bukan persepsi semata-mata,” katanya lagi.

Siti Aishah turut mengingatkan agar semua pihak tidak terus berpolitik secara emosi dan sebaliknya kembali mengutamakan rakyat.

“Cukuplah dengan permainan emosi, sekarang ialah masa untuk rakyat,” katanya lagi.

Semalam, Rafizi menegaskan dia berpegang kepada keputusannya untuk tidak menerima sebarang jawatan lantikan dalam PKR.

Dia turut mendedahkan Nurul Izzah Anwar menawarkan jawatan timbalan presiden kedua kepadanya.

Rafizi tewas kepada Nurul Izzah dalam persaingan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan yang lalu.

Sebelum itu, Rafizi juga berkata Nurul Izzah telah bertemunya pada 20 Mei untuk memintanya membantu selepas pemilihan parti selesai, sambil merujuk kepada satu jawatan dalam parti.


WOIT

KAH KAH KAH

PKR TERUS

BERGADUH

BUNUH SAMA

SENDIRI

KAH KAH KAH

AKHIRNYA PKR

JADI PARTI

KOYAK RABAK

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: