Khamis, 24 Julai 2025

5000 ORANG BERDEMO SUDAH CUKUP !!!



Himpunan Turun Anwar  beri kesan, pada pilihan raya dua tahun lagi 

PUTRAJAYA – Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada Sabtu ini akan memberi kesan besar kepada  pengundi  dalam PRU dua tahun akan datang.

Rakyat  mendesak Anwar  turun daripada jawatannya  sekarang keran tidak tahan melihat negara ini menjadi kacau.

“Jika ramai yang turun dalakm Himpuuan ini  Turun Anwar  ini agak membimbangkan kerajaan Madani"

Polis sebelum ini menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihak penganjur sudah membuat pemakluman kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya, seramai 2,000 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi membantu melancarkan perhimpunan berkenaan selain menjaga keselamatan peserta dan orang awam.

Polis, katanya, menjangkakan orang ramai mula berkumpul seawal pukul 11 pagi di empat lokasi yang sudah dikenal pasti sebelum masing-masing berarak ke Dataran Merdeka pada 2 petang.

Tiada penutupan jalan dirancang setakat ini namun ia bergantung kepada situasi semasa dan hanya akan dilakukan sekiranya keadaan memerlukan.

Sementara itu, penganjur menyasarkan penyertaan lebih 50,000 orang dalam Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar sebagai isyarat kebangkitan rakyat terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Sementara itu, seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional,  Shahidan Kassim pula meramalkan himpunan yang sama akan menjadi “ibu segala perhimpunan” di Kuala Lumpur.

Beliau meramalkan himpunan itu bakal mengumpulkan antara 300,000 hingga 500,000 orang yang cukup untuk membanjiri perkarangan stadium dan melimpah ke jalan raya pada hari Sabtu nanti.

Ahli Parlimen Arau itu juga mendedahkan pengumuman khas “luar biasa” oleh Anwar semalam tidak akan menggugat semangat protes terbabit. – 

5000 TURUN

BERDEMO 

SUDAH CUKUP

AMIN

KALAU 500 RIBU

INI BONUS 

AMIN

TANDA BAIK

UNTUK PRU16

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Larut cakap 1 juta akan turun...kakakakak..pabila anak menantu jana takwibawa balik..semua dapat sejuta.