Calon PM Umum Lepas Menang, Ramai Yang Layak, Kata Mursyidul Am
KUALA LUMPUR, 29 Jul 25 – PAS beranggapan parti itu mempunyai beberapa pemimpin yang layak dicalonkan sebagai perdana menteri mewakili Perikatan Nasional (PN) sekiranya pembangkang berjaya memerintah, lapor Utusan Malaysia.
Mursyidul Am Hashim Jasin bagaimanapun berkata, PN hanya akan menamakan calon perdana menteri selepas gabungan itu berjaya mengambil alih kerajaan.
“Memang tidak nampak lagi ‘poster boy’ tapi beri kuasa dulu, kita ketengahkan calon dan memerintah jauh lebih baik daripada kerajaan sekarang,” katanya.
Hashim berkata, mengambil contoh kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika itu ramai tidak yakin dengan kebolehan beliau ketika PAS mengambil alih Kelantan pada 1990, namun kerajaan negeri ketika itu berupaya kekal memerintah selama lebih dua dekad dengan pencapaian yang cukup baik.
“Bukan profesional sahaja yang layak diketengahkan, sebaliknya ulama juga mampu mengetuai kerajaan dengan cukup baik. Sama juga seperti sekarang,” katanya. @sumber


3 ulasan:
asal bukan brader anwar bin ibrahim= abbabi
Lobai Porsche kalu huloq RM90 juto lagi cfm sonyap sapu abih.
Yg Lobai serban bakul gi German tersaloh tekan punat TV tak reti bahasa tapi reti tengok gambaq. Ha Ha.
Ni le level Lobai!
Ini cara menipu lagi, kemudian bincang berapa share masuk kementerian mana dapat projek berapa dihulurkan akan menetapkan kemudian naungan payung kuning jangan lupa kah kah kah
Catat Ulasan