Latheefa gesa lucut kuasa PM pengaruhi lantik hakim
Pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL), Latheefa Koya menggesa kerajaan untuk segera membentangkan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan bagi melucutkan kuasa perdana menteri dan pihak eksekutif daripada sebarang pengaruh dalam pelantikan hakim.
“Ia hanyalah rang undang-undang pindaan yang mudah, boleh dibentangkan dan diluluskan dalam sesi Parlimen yang akan bermula dalam beberapa minggu lagi.
“Pindaan baru ini mesti menjadi keutamaan mutlak dalam sesi parlimen yang akan datang. Tiada perkara lain yang mampu meredakan kebimbangan dan kemarahan orang awam,” kata peguam kanan itu pada satu kenyataan.
Latheefa mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas terhadap kebocoran minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), yang digambarkannya sebagai “skandal kehakiman terbesar dalam sejarah.”


Tiada ulasan:
Catat Ulasan