PAGI INI
PAGI INI
SELASA 1 JULAI 2025
HARI CUKAI NEGARA
SELASA LUAR BIASA
Hari ini HARI CUKAI NEGARA - ribuan barang akan naik harga. Gua belum beli apa-apa lagi. Sabtu ini bila pergi pasar baru gua boleh buat bandingan. Sekarang hanya dengar cerita.
Malam kemarin gua jumpa kawan dia cerita konon nak selamat belanja. Isterinya pergi beli satu tin milo – biasanya 30 ringgit – tapi KEMARIN 30 JUN – dah naik jadi 33 ringgit – jeng jeng jeng. Wow - ini baru satu barang – kalau 4 atau lima barang naik seringgit dua – parah juga jawabnya.
CUKAI
Gua TIDAK ANTI CUKAI – cukai wajib di bayar. Untuk gua gunakan konsep CUKAI PROGRESIF – lagi tinggi pendapatan lagi tinggi cukai. Yang kaya bayar lebih cukai dari yang miskin.
Tinggi CUKAI TINGGI bukan untuk anak bini menantu atau kroni – tapi untuk HOSPITAL PERUBATAN PERCUMA – untuk PEMBELAJARAN PERCUMA – cukai wajib di gunakan untuk ini.
CUKAI PROGRESIF
Negara seperti Sweden, Finland dan Denmark - semua guna cukai progresif. Malah FINLAND terus tercatat sebagai negara dimana RAKYAT PALING GUMBIRA – HAPPY NATION.
Malah di Sweden gua pernah terbaca BERITA : CEO Nokia di dakwa salah letak kereta. Di mahkamah dia di denda 100 kali ganda berbanding dengan Mamat BIASA yang membuat kesalahan yang sama.
Ini lah kekuatan NEGARA KAPIR LAKNAT – tak ada janji syurga atau neraka – tak ada janji burit ketat dari BIDADARI – tapi hidup mereka di dunia ini – hidup yang benar bukan hidup lepas mati – dijalankan dengan baik. AMIN
GAZA
Zionis Israel Blackrock terus melakukan ombak serangan untuk memastikan warga Palestin semuanya mati atau lari.
AMERIKA
Trump menanda tangani pelupusan SEKATAN terhadap Syria.
UKRAINE
Rusia mengumumkan telah berjaya membebaskan semua wilayah Luhansk.
EROPAH
Panas panas panas MUSIM PANAS. Sepanyol suhu naik 45Celsius. France sedang berjaga-jaga. Eropah sedang hangat dalam sejarah. Ini tanda MALAPETAKA IKLIM.
TURKI
Rusuhan berlaku kerana muncul gambar Nabi Muhamad dan Nabi Isa bersalaman. Lukisan karton ini tercetak dalam majalah kartun.
AMERIKA
Gaduh antara Trump dengan Musk berterusan. Kali ini Musk berkata dia akan menghukum sesiapa yang menyokong RUU pemotongan cukai dan perbelanjaan besar besaran . RUU ini sedang di bincang dalam Dewan Senat.
TURKI
Hutan terbakar. Api merebak. Musim panas yang hangat. Lebih 5000 keluarga di pindah. Api belum reda.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Mata hari dah keluar. KL & KL Sentral berjerebu. Langit yang rendah agak biru berjerebu. Langit yang lebih tinggi kelihatan biru indah.
Sebuah pesawat terbang agak rendah. Menderam kuat. Tenggelam suara yang lain. Satelah pesawat melintas gua dengar Tekukur, Tiong dan Pipit. Tapi paling konsisten ialah suara TUK TUK TUK tanpa henti.
Dalam Hutan Sempadan – wow – riuh suara pelbagai unggass. Mereka menyambut pagi yang indah.
Hari ini pasti panas. Kalau petang Hujan Rahmat sampai maka malam jadi santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUMLAH KITA SAMBUT
SELASA YANG LUAR BIASA
Mak Ainon tidak bergigi
Guna arang bedak serama
Cukai Madanon melambung tinggi
Harga barang meledak sama
Tutup rumah wajib di kunci
Pergi melawat rumah Cik Aini
Rakyat marah rakyat benci
Kerajaan menantu anak bini
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MEMBAYAR CUKAI


1 ulasan:
Barang memang naik harga, kenaikan bukan sedikit, ada barang naik lebih seringgit, itulah berlaku, apabila kenaikan cukai, peniaga ambil peluang naik dua atau tiga kali daripada kesempatan ini, ini perangai Kapitalis Yahudi, kita semuanya selalu benci dengan perangai Yahudi tetapi kita lupa Yahudi tempatan lagi tidak berhati perut kah kah kah, bukan semua tetapi majoriti memang begitulah, apa boleh buat, kita kena tunggu sampai Hari Raya Ke 16 nanti. Satu kena faham, apabila perubahan berlaku bukan semuanya demi kebaikan, keadaan mungkin lebih buruk, kerana setiap kali ada perubahan semakin parah perit hati rakyat, dahulu kala pemimpin tidak sekolah tinggi mungkin curi sedikit simpan sedikit derma sedikit kah kah kah tetapi sekarang semuanya peringkat menara gading jumlah bertambah sapu lebih banyak rasuah lebih tinggi integriti semakin kurang semuanya guna topeng kopiah guna jubah guna tasbih guna ayat-ayat cinta berbahasa indah suci dalam debu belaka, jadi berhati-hatilah awas kepada sekelian rakyat, kah kah kah siapa pamerkan alim ulama orang itu perlu lebih berhati-hati kah kah kah kalau silap minta maaf saja
Catat Ulasan