Rabu, 16 Julai 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 16  JULAI 2025

DEMO BUDAYA KITA


KESAN SABTU 26 JULAI 2025
Hari yang ditunggu  akan datang 10 hari lagi TAPI kesannya makin di rasakan. Inilah KUASA RAKYAT TURUN KE JALAN – tup tup Madafaka keluar kenyataan  bahawa akan ada HADIAH untuk RAKYAT – kah kah kah. 

Ada hadiah APA untuk rakyat ? kah kah kah.

Orang ramai belum berdemo  lagi Madafaka dah nak  suap NAK BELI SOKONGAN kah kah kah. Ini BUKTI SAHIH  jika orang ramai turun ke jalan raya maka kita boleh membawa perubahan.

AWAS !!!   Turun ke jalan raya ialah untuk memberi tekanan kepada kuncu-kuncu Madafaka. Bila mereka melihat ratusan ribu di jalan raya maka mereka tahu mereka di lawan rakyat.

Dalam masa yang sama Pak Cik Kakak Adik Abang  Pak  Aji dan Pak Lebai Shelly, James, Lim dan Mutu bila melihat ribu ribu di jalan raya mereka juga akan terpengaruh untuk tidak menyokong Madafaka.

Dari SEGI TEORI MANUSIA  - mereka TIDAK mahu ketinggalan. Mereka tidak mahu dilihat bangang  dan bersendirian. Justeru mereka juga akan di sedut sama dalam ombak Turun Madafaka.

DI PERMATANG PAUH
Lihat klip anak muda bermoto di Permatang Pauh. Mereka melaungkan Turun Turun Turun - bukan. Ratus ratus tapi ribu ribu.

Ada kawan gua hantar klip ini – dia bertanya APAKAH INI KLIP AI -  kerana dia sendiri tak percaya ribu ribu dah mula bersedia ke jalan raya.

Sah dan sahih DEMO DAH JADI  BUDAYA KITA – di zaman Madey dia kata DEMO BUKAN BUDAYA KITA – Madey cakap macam ini kerana Madey  sendiri takut melihat ombak rakyat – ribu-ribu di jalan raya. 

Kali ini pada  26 Julai 2025  - kita takutkan  Madafaka dan kuncu-kuncunya. Kah kah kah. AMIN

UKRAINE
Askar Ukraine sedang menunggu senjata dan peluru dari Amerika. Peluru dah habis. Bom dah habis. Hari hari kena bantai. Trump janji bilion-bilion tapi belum sampai. Kah kah kah.

AMERIKA
Apakah  kes Jefferey Epstein – BAPAK AYAM – yang membawa burit muda dan ketat untuk politikus di Amerika akan di buka ?  Trump sendiri adalah kawan baik Bapak Ayam ini. Kes ini sedang heboh di Amerika.

INDONESIA
Trump kata Indonesia kena 19% Tarif. Tapi kena beli 50 buah pesawat Boeing – kah kah kah – Pesawat ini dah tak laku kerana injin PALAT -  berkali kali jatuh .

RUSIA
Umum negara ini sedia berunding untuk cara jalan  DIPLOMATIK selesai Perang Ukraine. 

ISRAEL
Satu kawasan kem tahanan besar akan di dirikan untuk warga Gaza. Masuk boleh keluar tidak di benarkan.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya lembut. Langit biru berawan putih. KL & KL Sentral cerah.

Agak sunyi pagi ini. Dari jauh suara Tekukur. Gua nampak sekumpulan kecil Pipit. Abang Potong Rumput tiga orang masih memotong rumput. Tiong berkeliaran menunggu rezeki.

Hari ini pasti panas. Gua harap petang Hujan Rahmat akan sampai membawa sejuk.  Rumput, belukar dan hutan sedang dahaga menunggu air. Amin

BRO
SENYUM
SENYUMLAH DI PAGI 
RABU

BRO
Kemarin ialah cek yang di tendang
Esok surat janji duit sampai
Hari ini lu ada  duit tunai – sila belanjakan

BRO
Lu akan gagal dapat ramai kawan dalam dua tahun jika lu mahu orang lain suka pada lu.
Lu akan dapat ramai kawan dalam dua bulan jika lu tunjuk minat pada orang lain. 

BRO
Jika lu minum kopi jangan kotorkan kopi lu dengan gula atau susu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah sampai masa Bro, sudah sampai masa untuk halau semua sekali mencuri merompak duit negara, yang berlakon tidak ambil gaji itu helah terpaling tua dalam dunia, kononnya berkhidmat untuk rakyat, tetapi setiap masa menyusahkan rakyat kah kah kah, sesiapa yang masih percaya cakap dia orang baik terjun laut bermain dengan anak ikan kah kah kah, lagi tidak boleh dipercayai golongan sarban tinggi, lagi banyak sorok rahsia dalamnya kah kah kah