PAGI INI
PAGI INI
RABU 24 JULAI 2025
LAGI 2 HARI KITA BERDEMO
JEREBU MENYERANG
Musim panas sampai. Jerebu ikut sama. Setiap tahun suhu terus naik. Bukan sahaja kita di Malaysia – malah diseluruh dunia. Ini jelas tanda MALAPETAKA IKLIM.
Gua rasa kita tidak cukup berkempen untuk melawan malapetaka ini. Pencerahan, pembelajaran dan bengkel wajib dilakukan sentiasa untuk mendidik orang ramai – untuk beri tahu warga akan bahaya yang akan sampai.
Juga cara-cara untuk melawannya.
POKOK POKOK POKOK
Menanam pokok hanya salah satu dari cara untuk mengurangkan suhu panas. Dimana ada kawasan lapang pokok wajib di tanam. Kurangkan pokok dari di potong. Tanam tanam tanam.
PLASTIK
Gua gumbira baca berita PULAU BALI akan haramkan penggunaan plastik tahun 2026 – Ini langkah bijak. Ini baik untuk kesejahteraan umat. Plastik kini telah menyerang dunia.
Gua ada melihat dalam YouTube tentang kota yang terkotor dalam dunia – DACCA Bangladesh. Wow – longkang, sungai, anak sungai semuanya penuh dengan plastik. PLASTIK adalah racun untuk umat manusia.
DEMO SABTU 26 JULAI 2025
Jeng jeng jeng – gua tunggu lagi dua hari jeng jeng jeng. Ini hebat - belum apa-papa MADAFAKA dah umum harga RON95 tidak naik kah kah kah. Belum apa apa MADAFAKA akan umum untuk buat rakyat gumbira – kah kah kah.
RAKYAT akan gumbira bertandak bergonjeng dan menari bila MADAFAKA tidak lagi jadi PM – kah kah kah.
Kalau SABTU panas jangan lupa – bawa air dalam botol – bawa towel kecil dan bawa pemanis mulut. Kalau cuaca redup ini baik sekali. Kalau hujan maknanya ini HUJAN RAHMAT. Amin.
GAZA
Zionis Israel Blackrock gunakan makanan sebagai senjata. Bila warga berkumpul untuk ambil bantuan makanan maka mereka akan di tembak mati. Senjata adalah buatan Blackrock. Ini syarikat yang menjadi pemilik lapangan terbang kita kerana MADAFAKA menjualnya.
AMERIKA
Jepun dan Amerika ikat perjanjian baru hal niaga. Jepun kena 15% tarif. Jepun akan labur 500biloion dolar di Amerika.
PBB
Ketua Antonio Gutteres PPB memberi ingatan dunia makin panas. Bahan bakar minyak makin susut. Sila beralih kepada tenaga matahari untuk kurangkan jerebu.
UK
Ozzy Osbourne – dari BLACK SABBATH – kugiran HEAVY METAL dari Birmingham meninggal dunia – umur 76 tahun. Tiga minggu lalu Black Sabbath mengadakan konsert di Villa Park Birmingham – 40,000 penonton hadir.
INDONESIA
Persetujuan di capai antara Amerika dengan Indonesia. Indonesia lupus semua cukai keatas produk Amerika. Amerika kenakan tarif 19% ke atas Indonesia.
HOKKIEN
Pagi ini berjerebu. Matahari kelihatan tapi cahaya di halang oleh jerebu. KL & KL Sentral berjerebu. Langit biru pucat – dilihat kelam.
Tapi diatas kubur kumpulan Tiong heboh. Tekukur terus berlagu. Satu kumpulan gagak terbang tapi tidak bersuara.
Yang bising pagi ini ialah Warga Asli – bila melintas di hadapan Pokok Ara dua ekor terus menyalak kuat. Ezi dan Tak Tak tidak ambil pot.
Hari ini akan panas. Apakah akan hujan seperti kemarin? Hujan kemarin apakah hujan benih ? AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU
BRO
Lu menarilah segila lu mahu menari seolah-olah tak ada sapa yang melihat. Lu menyanyi seperti takda sapa mendengar. Hiduplah enjoi de menjoi seolah-olah esok kiamat.
BRO
Bila lu pinjam duit pada kawan lu wajib bersedia untuk hilang kawan.
BRO
Dengan kawan lu jangan berjalan di hadapan mungkin dia tak ikut lu. Jangan jalan di belakang dia mungkin lu tak nak ikut dia. Jalan bersaing baru cun.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUNA HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan