PAGI INI
PAGI INI
SENIN 14 JULAI 2025
PERGUAM BERDEMO HARI INI
DI PUTRA JAYA
TRUMP MELAWAT KUALA LUMPUR
Ha ha – Persidangan ASEAN bulan Oktober akan berlangsung di Kuala Lumpur. Dari berita yang dibaca Trump telah di jemput datang. Ini menarik.
Kawan baik Trump yang nak bantu ekonomi Amerika dengan membeli BOIENG kini berehat dalam penjara. Kah kah kah. Apakah Trump masih ingat dengan Najib ATAU dah lupa – kah kah kah.
Kalau Trump datang kita wajib sambut. Ini Presiden Amerika. Gua penyokong tegar Mamat ini – kah kah kah.
DUTA AMERIKA
Dilaporkan Amerika akan hantar NICK ADAM sebagai duta baru. JENG JENG JENG. Mamat ini berasal dari Australia. Wow... ada satu tweet milik dia dalam X - dia cerita hal BLOW JOB kah kah kah... ini macam dia tahu kes BLOW JOB Ma da fa ka yang gagal... kah kah kah.
DEMO DEMO
Kah kah kah – Persediaan untuk TURUN ke DATARAN MERDEKA pada 26 Julai ini makin heboh. Sana sini kempen sedang di jalankan. Hebat.
Untuk gua kalau 5,000 orang turun pada 26 Julai nanti sudah cukup untuk permulaan. JIKA LEBIH yang turun untuk gua ini ertinya BONUS. Kah kah kah.
ISRAEL
Bekas Presiden Israel Ehud Olmert berkata rancangan KOTA KEMANUSIAAN untuk menempatkan warga Gaza itu sebenarnya PENJARA untuk membersihkan Gaza dari penduduk Palestin.
FRANCE
Presiden Macron berucap dengan dasar PERTAHAN BARU untuk Peranchis. Kini FRANCE akan membesarkan bala tentera dan membina kelengkapan senjata baru demi keselamatan negara.
LONDON
Cadangan telah dibuat agar bilik dan dewan-dewan kosong dalam bangunan pejabat di jadikan tempat enjoi de menjoi – jadikan kelab malam hingga lewat pagi. Jeng jeng jeng.
PAKISTAN
Hujan lebat banjir – lebih 100 orang mati. Lebih 200 orang cedera. Ini tanda malapetaka iklim.
SIAM
Perdana Menteri Siam yang di gantung kerja kini didesak untuk letak jawatan. PRU akan di adakan kembali untuk memilih kerajaan baru.
SINGAPURA
Vape bercampur dadah kini menajdi fesyen di Singapura. Kerajaan cuba membanteras. Amin
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Mata hari tidak nampak dilindungi oleh awan gelap tebal. KL & KL cerah angin kuat pukul jerebu. Langit biru pucat tidak indah.
Ha ha Tiong – berpuluh-puluh ekor mengelilingi Abang Potong Rumput. Bila gua hampir Tiong terbang lari. Wow – rezeki pagi untuk Tiong.
Warga Asal datang menyalak. Tak ramai hanya dua ekor. Tapi dua petang dulu gua berjalan arah ke KL Sentral lebih 10 ekor Warga Asal datang menyerang Tak Tak dan Ezi. Gua biarkan mereka menyalak. Tak Tak cool tak bersuara. Ezi juga cool – mereka tahu gua tak jauh dari mereka.
Hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni. Jap lagi gua nak bersama ke Putra Jaya. Nak beri sokong pada para Peguam. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI SENIN
BRO
Bila lu baling batu dalam laut lu tak akan jumpa dia lagi. Bila lu dah keluar cakap lu tak dapat tarik balik.
Bila lu kehilangan lu tak akan jumpa kembali. Masa berlaku tidak akan datang kembali.
BRO
Awas waspada bila lu nak bercakap : Pada sapa lu bercakap tentang sapa? Bagaimana? Bila dan Dimana?
BRO
Bila lu berceramah : Lu bangun. Lu Bercakap. Lu Berhenti jangan meleret. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan