Sabtu, 12 Julai 2025

PANAS - KITA WAJIB BERJAGA-JAGA


Kebakaran hutan terbesar California tahun ini musnahkan 38,700 hektar




Kebakaran hutan musnahkan 43 hektar di Sumatera Utara - BNPB


JAKARTA: Empat kebakaran baharu hutan dan tanah dikesan di Sumatera Utara, bahagian utara Indonesia, membakar sejumlah 43 hektar pada Khamis dan Jumaat, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB).

BNPB memaklumkan kejadian pertama berlaku pada Khamis di dua kampung dalam Daerah Kecil Padang Bolak dan Halongonan, Daerah Padang Lawas Utara, membabitkan keluasan 23 hektar.

"Pihak berkuasa tempatan telah berjaya memadamkan kebakaran itu dan siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan," kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam kenyataan.

Kebakaran juga berlaku pada Khamis di kawasan Sibaganding, Daerah Kecil Girsang Sipangan Bolon, Daerah Simalungun, memusnahkan kira-kira 10 hektar, dengan operasi pemadaman masih dijalankan.

Sebanyak 10 hektar lagi terjejas akibat kebakaran yang masih aktif di Kampung Saruaso, Daerah Kecil Tanjung Emas, Daerah Tanah Datar, Sumatera Barat.

Kerajaan tempatan dan penduduk digesa memperkukuh usaha pencegahan dengan mengelakkan pembakaran terbuka, membuang puntung rokok dengan betul, serta memadamkan kebakaran kecil sebelum ia merebak. – BERNAMA


PANAS PANAS

KITA JUGA

WAJIB BERAWAS 

BERJAGA JAGA

AMIN

CUACA PANAS

SEDANG

MELANDA DUNIA

AMIN

INI BUKTI

MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

Tiada ulasan: