Anwar Hipokrit, Kata Ketua Penerangan Bersatu
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 25 – Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal menempelak pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang baru-baru ini mengumumkan dana RM100 juta bagi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Tun Faisal berkata, ia adalah hipokrasi kerana menurutnya dibawah pentadbiran Anwar entiti BlackRock telah berjaya membeli saham MAHB dan komitmen kerajaan menerusi Malaysia Aviation Group (MAV) untuk membeli 60 buah pesawat boeing 737 MAX yang dianggarkan bernilai RM 80 bilion.
“Akhirnya dia yang bawa Malaysia melabur RM1.02 trilion dalam ekonomi US dan jual saham MAHB kepada entiti BlackRock, beli sampai 60 kapal terbang Boeing daripada Amerika Syarikat. Katanya.
Tambah Tun Faisal, Amerika sebagai sekutu rapat Israel adalah penyumbang terbesar kepada kerajaan Isarel dalam bentuk bantuan ekonomi dan ketenteraan.
“Amerika Syarikat merupakan sekutu terkuat Israel dan sejak penubuhannya telah menyalurkan kira-kira AS$310 bilion dalam bentuk bantuan ekonomi dan ketenteraan (angka diselaraskan mengikut inflasi).
“Pada masa kini, Washington menyalurkan sekitar AS$3.8 bilion setiap tahun kepada Israel di bawah Memorandum of Understanding yang sah hingga 2028. Ujarnya.
Baru-baru ini, Anwar ketika mengumumkan dana RM 100 juta dana itu berkata, ia merupakan dana tambahan kepada bantuan RM100 juta yang diberikan Kerajaan MADANI dua tahun lalu, yang kemudian turut disumbang syarikat dan rakyat negara ini.
Beliau juga dilaporkan menggesa lebih banyak syarikat besar dan korporat menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, selain belajar daripada nikmat keamanan serta kebebasan yang dikecapi untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan