Jumaat, 15 Ogos 2025

SATU LAGI KES MATI KATAK ?


Ibu pelatih PALAPES mohon perintah mahkamah agar kubur anak digali semula

KUALA LUMPUR – Ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, memohon perintah supaya kubur anaknya digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, turut memohon perintah Mahkamah Tinggi agar Peguam Negara menjalankan inkues bagi menyiasat punca kematian anaknya.

Wanita itu percaya terdapat unsur jenayah dalam kematian Allahyarham Syamsul Haris apabila menerima pelbagai percanggahan alasan dan punca kematiannya.

Ummu Haiman memfailkan notis usul di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam dengan menamakan Ketua Polis Negara,  Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Allahyarham Syamsul Haris dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor.

Dalam notis usul itu, Ummu Haiman memohon perintah dikeluarkan kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara supaya mengarahkan kuburnya digali semula.

Ummu Haiman turut memohon perintah mahkamah supaya pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan bedah siasat semula ke atas jasad anaknya dalam tempoh 14 hari selepas ia dikeluarkan.

Post-mortem itu hendaklah dijalankan dengan kehadiran Pakar Forensik Datuk Seri Dr Bhupinder Singh dan turut dihadiri peguamnya, Datuk Naran Singh atau wakil daripada firma guaman Tetuan Naran Singh & Co.

Beliau juga memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik yang menjalankan post-mortem mengeluarkan laporan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia dijalankan dan satu salinan laporan diberikan kepada peguamnya.

Turut dipohon, perintah yang mengarahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah untuk melantik satu pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengambil alih tugas seperti yang dilakukan di dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Ummu Haiman mengemukakan alasan, bedah siasat tidak dilakukan oleh pakar forensik hospital tetapi hanya dilakukan oleh Dr George Sixtus Fernandez Jr yang merupakan Pegawai Perubatan gred UD10 sahaja.

“Saya dan keluarga tidak dapat melihat keseluruhan jasad Allahyarham semasa berada di Jabatan Forensik dan semasa jenazah dimandikan dan dikapankan.

“Jenazah Allahyarham juga telah dibawa keluar di dalam keranda yang tertutup dan selepas dipaksa membuka penutup keranda, hanya bahagian muka sahaja yang dibuka dan ditunjukkan,” katanya.

Ummu Haiman turut memfailkan perakuan segera melalui peguamnya supaya pendengaran permohonan itu dipercepatkan.

Pada 12 Ogos lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata jawatankuasa khas yang diwujudkan di bawah Kementerian Pertahanan bagi menyiasat kes kematian Allahyarham akan membuat kajian dan memastikan laporan lengkap dapat disediakan dalam kadar segera berhubung kematian pelajar itu.

Zambry berkata, KPT tidak melindungi mana-mana pihak dalam siasatan kematian Allahyarham dan sudah mengarahkan UTM memberi kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa siasatan.

Jawatankuasa berkenaan turut membabitkan beberapa kementerian lain, termasuk Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). – 

TANPA

JALAN RAYA

KES INI AKAN

AKAN JADI KES

MATI KATAK

AMIN

SUSUN ATUR

TURUN KE JALAN

BARU DAPAT

KEADILAN

AMIN

Tiada ulasan: