Polis kawal keselamatan keluarga Rafizi
Pihak polis memberi kawalan keselamatan terhadap keluarga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, susulan kejadian serangan terhadap anak lelakinya oleh individu tidak dikenali di pusat membeli-belah IOI City Mall, Putrajaya, semalam.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
“Ada (kawalan), tapi saya tak boleh dedahkan (terperinci), tapi di bawah kawalan pihak polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, hari ini.
Shazeli turut memaklumkan pihaknya belum menerima laporan rasmi mengenai pesanan berbaur ugutan yang diterima isteri Rafizi.
“Setakat ini belum terima laporan, dan kita minta laporan rasmi dibuat.
“Suspek masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan,” ujarnya.
Semalam, Malaysiakini melaporkan anak lelaki bekas menteri ekonomi itu diserang dua lelaki bermotosikal di kawasan parkir pusat membeli-belah berkenaan.
Rafizi dalam kenyataannya percaya serangan itu berkait rapat dengan kelantangannya bersuara, serta menganggap ia sebagai satu bentuk ugutan terhadap tugasnya sebagai ahli parlimen.


2 ulasan:
ya tindakan yang tepat bukan falsafah..,, mcm d qaza x buat apa2 dok jadi oic pbb nato falsafah garu teloq kah kah kah jgn marah
Berat woit tengok TV setiap hari, ramai masuk TV jadi popular, bukan kerana kemahiran kelebihan kematangan penciptaan tidak tidak sekali, semua masuk TV kerana rasuah rasuah rasuah, ingat Mat Polis saja tetapi sekarang Angkatan Tentera pun terpalit sama, masuk jaga sempadan jadi buat rasuah, jadi terfikir juga berapa ramai lagi belum kena tangkap? 90 peratus orang kita menjaga negara amin, adakah semuanya begitu? Patutlah Bangla sudah buat bandar sendiri dimana-mana, salah siapa? Itulah apabila duri darah daging menjadi aliran rasuah semuanya hancur belaka, dari atas orang politik naungan sampai ke bawah, cuma mungkin Madani belum belajar teknik lagi kah kah kah
Catat Ulasan