Hamas sahkan kematian Mohammed Sinwar
BAITULMAQDIS: Tiga bulan selepas dilaporkan meninggal dunia dalam serangan , Hamas hari ini mengesahkan kematian Mohammed Sinwar, yang didakwa maut dalam satu serangan udara Israel.
Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh kumpulan Palestin itu, hari ini menunjukkan beliau bersama pemimpin politik dan ketenteraan lain yang digelar sebagai 'syuhada majlis ketenteraan'.
Mohammed Sinwar ialah adik kepada Yahya Sinwar, yang dituduh oleh Israel sebagai dalang serangan pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel, yang mencetuskan perang yang berterusan di Semenanjung Gaza.
Beliau dilaporkan mengetuai majlis ketenteraan Briged Al-Qassam selepas kematian komander Mohammed Deif.
Menteri Kewangan Israel gesa Netanyahu guna pakai pelan 'capai kemenangan di Gaza menjelang akhir tahun'
Israel berkata, mereka mengenal pasti mayat Mohammed Sinwar pada Jun lalu, dalam sebuah terowong di bawah Hospital Eropah di Khan Yunis, tengah Gaza.
Tentera Israel menyatakan bahawa mereka 'mematikan' beliau pada 13 Mei.
Setakat ini, serangan balas Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 63,371 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam.


1 ulasan:
Satu gugur seratus pengganti...hail hydra...hail hydra..kakakak
Catat Ulasan