HANYA MAT SABU
BERANI BERSUARA
KENYATAAN MEDIA
Parti Amanah Negara menyambut baik dan menyokong tindakan kerajaan Itali serta kerajaan Sepanyol yang menghantar kapal tentera laut bagi membantu misi flotilla kemanusiaan ke Gaza selepas serangan dron baru-baru ini.
Langkah berani ini memperlihatkan bahawa di tengah-tengah keheningan dan kealpaan dunia, masih ada negara yang sanggup mengambil risiko demi memastikan bantuan sampai kepada rakyat Palestin yang terkepung. Itali dan Sepanyol telah membuktikan bahawa mereka bukan hanya terbatas kepada retorik kosong semata-mata, tetapi sanggup menunjukkan keberanian moral dengan tindakan nyata.
Lebih malang, dunia Arab yang sepatutnya menjadi benteng utama umat Islam masih terus bergantung harap kepada Amerika — ibarat menunggu sisik tumbuh pada ikan keli, sesuatu yang mustahil. Harapan sebegitu hanya melemahkan diri sendiri, sedangkan masa depan Palestin menuntut keberanian, kesatuan dan tindakan yang lebih tegas daripada saudara seagama mereka.
Parti Amanah Negara menegaskan bahawa Palestin adalah ujian moral kepada seluruh umat manusia. Mereka berhak hidup dengan aman, mendapat makanan, ubat-ubatan dan kebebasan daripada kepungan yang zalim. Justeru, tindakan Itali dan Sepanyol perlu menjadi inspirasi bahawa solidariti dengan Palestin tidak mengenal sempadan bangsa, agama, atau benua.
Kami menyeru agar negara-negara lain, khususnya dunia Islam, jangan terus berlengah. Jangan hanya bergantung kepada kuasa besar yang jelas sekali lebih mementingkan kepentingan geopolitik mereka. Tampil dan bertindaklah dengan keberanian yang sama, kerana inilah masa untuk membuktikan bahawa kita benar-benar peduli terhadap nasib Palestin, bukan sekadar melaungkan slogan di pentas persidangan.
Solidariti dengan Palestin adalah kewajipan bersama — dan sejarah akan mengingat siapa yang benar-benar berdiri mempertahankan keadilan, dan siapa yang sekadar menunggu sisik tumbuh pada ikan keli.
MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara
25 September 2025


3 ulasan:
awat x suruh eksekutif hantar jugak TLDM kan sama2 k”jaan ,…. kan am nah rakan kerajaan madani, dok selit dlm madani utk talian hayat politik kah kah kah
NGO NGi pun berani bersuara cuma tak kerajaan tapi amanah lain x kan dok Nga Nga dalam k”jaan jadi cakap pi lah sokong Itali cuma Itali bukan k”jaan mesia madani!!
Orang Malaya semakin menjadi Pak Arab, hipokrit terpaling hebat dalam dunia manakala orang Sabah Sarawak semakin matang maju pemikiran sehingga UEC diiktiraf. Yang pantas berfikir memajukan negeri dengan mengutamakan kecergasan cerdik bijak didahulukan kah kah kah, jadi orang Malaya sila jauh kan diri jangan mengacau jangan bawa budaya rasuah jangan bawa budaya Arab jangan bawa budaya bertopeng agama kah kah kah
Catat Ulasan