Selasa, 16 September 2025

KE ARAH PERNAG DUNIA


Poland tembak jatuh dron di atas bangunan kerajaan di Warsaw


WARSAW: Pasukan keselamatan Poland menembak jatuh sebuah dron yang terbang di atas bangunan kerajaan di Warsaw, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Isnin, memetik Perdana Menteri Donald Tusk.

Tusk dalam kenyataan di platform media sosial X berkata dron itu turut terbang di atas Istana Belvedere, kediaman rasmi presiden Poland.

Dua warga Belarus telah ditahan berhubung insiden itu, tambah Tusk, sambil memaklumkan polis sedang menyiasat keadaannya.

Pihak berkuasa setakat ini belum mendedahkan jenis dron yang terlibat atau sama ada ia boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wieslaw Szczepanski memberitahu saluran Polsat News bahawa insiden itu membuktikan keberkesanan perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri dalam melindungi institusi terpenting negara, lapor agensi berita PAP.

Penerbangan dron itu berlaku ketika ketegangan mengenai ruang udara Poland semakin meningkat.

Minggu lalu, dron Russia memasuki wilayah Poland semasa serangan ke atas Ukraine, sekali gus melanggar ruang udara NATO.

Tentera Udara Poland dengan sokongan pasukan NATO berjaya menembak jatuh beberapa dron berkenaan buat kali pertama.

Menurut ahli politik Barat, terdapat tanda-tanda bahawa pencerobohan ruang udara itu bukan secara tidak sengaja.

Masih belum jelas sama ada dron berkenaan diprogramkan untuk menyerang sasaran di wilayah NATO, atau sekadar bertujuan melakukan provokasi atau menguji pertahanan udara NATO.– BERNAMA-dpa

OTEK OTEK

INI MENJEMPUT

PERANG DUNIA

AMIN

POLAND BUDAK

SURUHAN

AMERIKA

AMIN

JIKA PUTIN SILAP

EROPAH TERBAKAR

KHALAS

Tiada ulasan: