Rabu, 17 September 2025

KEMBONG NAIK HARGA



Bekalan kurang, harga ikan kembung naik RM18 hingga RM20kg

KUALA KEDAH: Harga ikan kembung meningkat sehingga mencecah antara RM18 hingga RM20 sekilogram (kg) berikutan kekurangan hasil tangkapan akibat cuaca tidak menentu.

Peniaga ikan, Azman Nayan, 56, berkata ikan kembung sukar diperoleh ketika ini disebabkan ombak kuat yang melanda perairan Kuala Kedah, selain nelayan banyak yang tidak turun ke laut.

Katanya, keadaan ombak besar berlaku sejak 10 hari lalu menyebabkan harga ikan kembung daripada RM6 (kecil), RM8 (sederhana) dan RM10 (besar) meningkat sehingga RM12, RM18 hingga RM20kg.

"Ikan kembung paling banyak permintaan daripada pelanggan, tetapi kami menjualnya bergantung pada nasib. Kalau ada, adalah.

"Bagaimanapun, ikan lain seperti gerut-gerut masih kekal pada harga RM24kg; jenahak RM38kg; cencaru RM8kg; kacang RM14kg, manakala sotong pula RM14kg," katanya ketika ditemui di pelantar ikan di Pekan Kuala Kedah hari ini.

Azman berkata, nelayan hanya memperoleh hasil tangkapan yang sedikit walaupun turun ke laut pada jam 6 petang hingga 5 pagi, manakala yang turun awal pagi pula akan pulang petang.

Katanya, biasanya sebelum ini dia menjual 100kg pelbagai jenis hasil tangkapan ikan dan hasil laut lain, namun sejak cuaca tidak menentu, hanya dapat menjual 40kg ikan dan hasil tangkapan laut lain.

"Itu pun ramai pelanggan yang datang cari ikan, terutama ikan kembung tetapi saya hanya menjual hasil ikan yang ada," katanya.

Seorang lagi Nelayan, Ismail Ahmad, 57, berkata, ombak kuat berlaku terutama pada waktu petang dan awal pagi menyebabkan nelayan takut dan pulang lebih awal ke pelantar.

Katanya, dia yang keluar menangkap ikan bersama rakannya pada jam 6 pagi pulang ke pelantar pada jam 10 pagi dan hanya memperoleh ikan antara 10 kg atau 20 kg sehari.

"Bagaimanapun hasil tangkapan ikan kembung tidak banyak, dan kami jual apa yang ada," katanya.


TAK LAMA

LAGI MENTERI

LOKMAN ADAM

AKAN KATA:

KEMBUNG MAHAL

BELI DAGING

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu bekalan Thailand masuk lah, setiap hari berapa kontena ikan makanan laut masuk negara kah kah kah, kita kurang bersyukur amin kah kah kah ikan lari ke lautan Thailand kah kah kah