Selasa, 16 September 2025

LOMBONG EMAS KASTAM



Counter setting: Ibu, anak antara 8 pegawai dicekup SPRM

KUALA LUMPUR –  Pasangan ibu dan anak merupakan antara lapan pegawai agensi penguat kuasa yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan dalam serbuan Op Rentas yang dijalankan serentak di empat negeri sejak Selasa lalu.

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya turut menyita wang tunai kira-kira RM80,000 serta barangan kemas bernilai sekitar RM50,000 daripada dua pegawai terbabit. 

Turut dirampas ialah peralatan telekomunikasi bernilai RM20,000, dua kereta bernilai RM106,000 dan dua motosikal dengan anggaran RM20,000.

“Enam lagi suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita turut ditahan. Rampasan melibatkan wang tunai RM12,000, mata wang asing USD5,000 dan baht 2,360, selain barangan kemas bernilai kira-kira RM200,000 dan alat telekomunikasi bernilai RM29,000.

“SPRM juga membekukan akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan jumlah keseluruhan hampir RM1 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM,  Saiful Ezral Arifin berkata, semua suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket counter setting dan dipercayai menerima rasuah bagi memudahkan urusan kemasukan warga asing ke Malaysia tanpa mengikut prosedur sah. – 

KAWASAN

SEMPADAN IALAH

LOMBONG EMAS

KASTAM

AMIN

SEMUA KASTAM

NAK BERTUGAS

DI SEMPADAN

AMIN

CARA TERBAIK

KASTAM HANYA

 PERLU KERJA

3 BULAN DI SATU

TEMPAT SAJA

AMIN

JANGAN BAGI

MASA BUAT DEAL

AMIN

ATAU TUKAR

TEMPAT KERJA

SETIAP 1 BULAN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Politik yang d landasan mengarut juga lombong emas kah kah kah buat duit petah bicara hehehe

Tanpa Nama berkata...

lombong emas yang besar ada d dalam POLITIK !!! x caya no problem

Tanpa Nama berkata...

tabung haji jadi tempat cuci duit...

Tanpa Nama berkata...

Baguslah apa masalahnya sekarang? Sejak awal zaman pun kita begitu juga? Kan? Kah kah kah mesti ada duit kopi kah kah kah