Khamis, 18 September 2025

PAGI INI


PAGI INI


PAGI KEMARIN

PAGI  INI

PAGI INI

KHAMIS 18 SEPTEMBER 2025

HARGA BARANG


HARGA BARANG MAKANAN
Jelas semua orang yang gua jumpa kompelin harga barang makanan naik. Kawan-kawan yang gua temui juga mengeluh. Dulu nasi, sayur dan gulai ayam  8Rm. Sekarang dah naik jadi 10Rm. Nasi Goreng Kampung juga dah naik jadi 9Rm. Ini bukan makan di restoran – ini warung – kedai makan  tepi jalan.

Gua kalau kedai Mamak gua makan toseh dan telor mata dal. Gua tidak pernah makan ayam atau ikan kedai mamak.  Ikan dan udang dan sotong gua bawa sendiri dan  masak warung Tom Yam di Brickfeilds. Ayam dan daging jarang gua makan – gua jauhi kerana gua tak tahu – apa jenis daging dan ayam ini.

Untuk Super Market  gua pergi NSK Jalan  Klang Lama – ini agak murah – tapi bukan semua orang datang ke NSK – Super market ini bukan  merata-rata.  Harga di NSK harga borong – boleh bantu  jaga poket.

Tapi harga buah- buah lebih mahal dari di Chow Kit – hanya Blue Berries yang murah – yang lain agak tinggi. Buah ini datang dari Peru – Waduh jauhnya dia berjalan sebelum sampai ke Le Chateau – kah kah kah

Masa  gua di London – flet gua amat dekat dengan Brixton Market – gerai sayur – ikan – ayam dan daging banyak – harga demokratik – Gua tak pernah shopping di Harrod – Tapi gua selalu  makan free anggur di Fortnum & Mason – Kedai ini hanya satu  dalam dunia ini – khusus untuk elit kota London – kedai ini tak  jauh dari sekolah gua. Bila gua rasa gatal - gua masuk ruangan buah – gua ambil dan makan anggur free  – kah kah kah

Juga ada Berwick Market  - ini macam di Chow Kit – pasar kereta tolak di tengah jalan - – letak di SOHO –  harga juga demokratik – Buah buah Rambutan, Mangga  dan Manggis dari Fortnum  & Mason yang dah reject akan masuk ke Berwick Market -   gua hanya melihat tak pernah beli .

Kerana itu bila gua balik ke Malaysia gua berjanji akan terus makan buah tempatan – Bukan beli  Limau Moroko – tidak beli  anggur Afrika Selatan atau Avokado Kenya.

Gua rasa makin lama harga makanan makin naik. Gua selalu berfikir – macam mana agaknya keluarga 3 anak duduk di Pantai Dalam berbelanja. Ayah kerja DBL dan emak  kerja Amah di UM – pasti mereka merasa tertekan. Amin.

UK
Trump jadi tamu Raja Charles. Bodek membodek. Charles angkat Trump – Trump angkat Charles. Ini kali ke dua Trump di jemput ke Istana.

AMERIKA
Budak Itam Obama bersuara. Obama kata Trump kini memecah belahkan warga Amerika.

BELGIUM
Kesatuan Eropah mahu membekukan perdagangan dengan Israel kerana Gaza.

PAKISTAN -SAUDI
Dua negara ini buat Perjanjian Pertahanan, Pakistan negara nuklear. Saudi negara minyak.

UK
Hujung minggu ini Perdana Menteri Starmer akan umum : UK iktiraf negara Palestin.

Pagi ini sejuk. Kemarin cuaca mendung. Matahari tidak keluar lagi. KL &KL Sentral berjerebu.  Langit bercapuk-capuk ada awan hitam.

PAGI INI PAGI SEDIH UNTUK GUA
Gua sampai  ke Wakaf – kosong – gua tabur Nasi.

Gua turun ke jalan – gua nampak  dua Puppy berlari datang  ke arah gua – Mereka takut takut berani – BIASANYA  ADA TIAG EKOR – gua beri nasi  gulai daging – mata gua mencari yang SATU LAGI . Tak nampak.

Berjalan pulang mata gua mencari-cari lagi. Kali ini gua nampak mayat Puppy Putih di tepi makam. Apa terjadi? Apakah kean langgar ?  Gua tidak tahu – gua sedih dan terus berundur.  Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS

BRO
Jika lu nampak kucing anjing di tepi jalan – jika lu baik hati sedekah makanan untuk mereka.

BRO
Jika lu baik dengan haiwan lu juga pasti sosok yang baik untuk anak isteri keluarga dan masyarakat.

BRO
Bila lu nampak anjing  kucing di tepi jalan – Mereka juga ada cerita – hanya kita tak tahu cerita mereka. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSEDEKAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hoi anjing