Sabtu, 25 Oktober 2025

MANGSA BANJIR BERTAMBAH

Jumlah mangsa banjir meningkat 5,909 orang di 3 negeri, 47 PPS dibuka petang ini

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir terus meningkat apabila seramai 5,909 mangsa daripada 1,898 keluarga kini ditempatkan di 47 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri setakat jam 4 petang ini.

Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan, berkata peningkatan jumlah mangsa dicatatkan antara tiga negeri terjejas iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang dengan keseluruhan 11 daerah terjejas.

"Kini, Perak mencatat jumlah mangsa tertinggi membabitkan 3,030 orang daripada 1,034 keluarga ditempatkan di 26 PPS termasuk di Larut, Matang, Selama, Manjung, Kerian dan Perak Tengah.

"Di Kedah, seramai 1,858 mangsa daripada 585 keluarga masih ditempatkan di 14 PPS di empat daerah iaitu Kulim, Baling, Pokok Sena dan Kuala Muda, dengan keadaan dilaporkan tidak berubah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, katanya, di Pulau Pinang, seramai 1,021 mangsa daripada 279 keluarga berlindung di tujuh PPS di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat Daya, dengan situasi tidak berubah.

Bagaimanapun, katanya, secara keseluruhan, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

NADMA berkata, pemantauan di semua PPS dan kawasan berisiko diteruskan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama agensi penyelamat lain bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terjamin.

HUJAN DAN BANJIR

AKAN TERUS

MELANDA KITA

AMIN

PENGALAMAN

SABAN TAHUN

WAJIB JADI

GURU UNTUK

KITA LEBIH BIJAK

KHALAS

Tiada ulasan: