Selasa, 14 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 14 OKTOBER 2025

GAZA


SITI GAZA
Hari ini gua baca berita  GENCANTAN SENJATA  DAH BERMULA DI GAZA. Tawanan Hamas di bebas.  Tawanan dalam penjara Isreal di bebas.

Pemimpin dari banyak negara datang ke Mesir untuk melihat Trump mengumumkan perang berhenti.  Sebelum ke Mesir  Trump berucap di Parlimen Isreal.

Untuk mengingati  hari ini Gua  namakan satu Puppy Kuning – SITI GAZA – Puppy ini baik – masih kurus – selalu ikut gua – tapi gua tak nak BAWA pulang jadi anak angkat – TAK SAMPAI hati pisahkan dengan  Emak dan Kakak.

 Abang  Siti Gaza Puppy Putih  – dua minggu dulu – wafat di langgar kereta – gua  makamkan di bawah pohon cempaka.

Gua harap gencatan senjata di Gaza  akan  menamatkan perang – Tapi dari apa yang gua baca dan dengar dari Internet – Setanyahu ini TAK BOLEH di percayai – bila-bila masa saje dia akan mula menembak dan menyerang kembali.

HADIAH NOBEL
Sebenarnya Trump ini kemaruk nak dapat Hadiah Nobel Keamanan. Janji 20 poin dalam Perjanjian Damai ini telah di ajukan seawal bulan SEPTEMBER tahun lalu – Bayangkan  jika tahun lalu 20 poin ini di persetujui  maka pasti kematian tidak seramai ini.

Gua suka Trump tak dapat hadiah Nobel ini tahun ini  – biar dia pastikan damai di Gaza ini berterusan – setidak-tidaknya hingga tahun depan – Juga untuk memastikan dia dapat hadiah ini – Trump pasti akan buat wayang untuk tamatkan Perang Ukraine. Amin.

UKRAINE
Presiden Zelensky akan  jumpa Trump Jumaat ini. Agenda ialah nak minta senjata peluru berpandu Tomahawk.

FRANCE
Politik France makin kacau. Rakyat  di jalan raya. Mereka mahu Presiden Macron bubar Parlimen. Kerajaan  baru sedang menunggu.

VENEZUELA
Kedutaan Venezuela di Oslo Norway di Tutup.  Ini sebagai tanda marah  terhadap Norway yang beri  hadiah Nobel Keamanan pada Minah Trump. Minah Trump ini adalah  ajen Amerika dan Isreal. Minah  Trump ini janji jika dia berkuasa di Venezuela dia akan  iktiraf Baitulmuqadis sebagai  ibu Kota Zionis Israel.

 MEXICO
Banjir besar di Mexico – akibat malapetaka iklim.  Seramai 63 orang mati dan 64 masih hilang.

FRANCE 
Sarkozy bekas Presiden di arah oleh mahkamah untuk di masuk kan ke dalam penjara minggu depan. Kes rasuah kena penjara 5 tahun.

GAZA
Hamas kembali berkuasa. Hamas mengarahkan Polis dan Pegawai Keselamatan untuk mengambil  kedudukan di seluruh Gaza.

MESIR
Netanyahu TIDAK di jemput hadir di Sham al-Sheikh – kerana ramai pemimpin  tak mahu dia datang. 

MOROKO
Gen Z terus berdemo untuk menjatuhkan kerajaan yang korup. Bendera Lanun Luffy berkibar di Moroko.

MADAGASCAR
Presiden negara ini cabut  lari ke Paris. Gen Z berdemo melawan kerajaan rasuah – Kibar bendera  Lanun Luffy.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering – kemarin panas sampai  ke petang. KL & KL sentral cerah. Langit berawan putih.

Ha ha – tekukur berlagu. Pipit bersuara yang lain gua tak dengar.

Mata hari bersinar – gua berjalan ke arah matahari – gua rasa panas di pipi. Gua buka topi – berjalan pulang  gua jalan terbalik – sekali lagi muka gua di panah cahaya matahari.

Gua rasa enak muka terbakar – mengikut Doktor YouTube sinar matahari ialah Vitamin D.

Ha ha – Pagi ini tak ramai datang makan – hanya Emak  Ayah bersama Jantan Baik -  dan Siti Gaza. Yang lain tak muncul – tak tahu ke mana mereka berjalan.

Berjalan pulang Siti Gaza mengekor kami  - lalu  gua beri Friskies – dia suka makanan ini -  nasi pun dia suka – HARI INI ADALAH  KELAHIRAN  SITI GAZA. Amin.

Hari ini akan panas – jika petang hujan – malam sejuk santai.

BRO
SENYUM
SENYUM DAN SAMBUT
PAGI SELASA

BRO
Lu nak gumbira bahagia hidup lumayan – sila pelihara Anjing  - lu tidak akan kecewa.

BRO
Dunia kita ini akan menjadi lebih aman – lebih bahagia – JIKA setiap orang penuh kasih sayang  tanpa syarat seperti anjing. 

BRO
Lu takda banyak duit – lu tak miliki banyak harta -lu memiliki saekor anjing yang akan  membuatkan lu merasa kaya , gumbira dan bahagia. Amin

LAKUKAN SEKARAN
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

NOTA :
GAMBAR HARI INI
IALAH GAMBAR SITI GAZA
SEDANG MAKAN FRISKIE

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah tapi kenapa tidak kaji kenapa perang bermula dahulu ? Kalau setakat doa selamat sahaj penyelesaian apa tidak berjaya woit kena kaji apa tuntas kah kah kah lantik Madani jadi PM Palestin selesai segala masalah dunia woit kah kah kah