Inspektor terima rasuah dipenjara sebulan, denda RM8,000
KUALA TERENGGANU: Pegawai polis berpangkat Inspektor dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah menerima rasuah berjumlah RM23,000.
Tertuduh, Khairul Faiz Mohamad Zaini, 37, turut berdepan hukuman dua bulan penjara jika gagal membayar denda.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Mohd Azhar Othman selepas tertuduh mengaku bersalah bagi satu pertuduhan pilihan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima rasuah RM15,000, manakala bagi pertuduhan kedua didakwa menerima wang tunai RM8,000 melalui pindahan ke akaun pihak ketiga sebelum dipindahkan ke akaun miliknya isterinya.
ADVERTISEMENT
Cars stock video 1 5Feb25Cars stock video 1 5Feb25
Disyorkan
Penemuan papan kayu kapal bakal ubah naratif sejarah Melaka
Khairy sertai semula UMNO?
Syed Saddiq raih RM1 juta untuk Muar
Siasatan PBB mengesahkan Israel lakukan jenayah perang dan genosid di Gaza
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pada 26 Februari 2021 di institusi perbankan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Khairul Faiz mengaku bersalah bagi pertuduhan alternatif kedua, manakala bagi pertuduhan pertama diambil pertimbangan atau Take Into Consideration (TIC) selaras peruntukan Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula hari ini
Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya SPRM, Rabiatul Addawiyah Mohd Noorlee, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nur Faid Afiq Aziz.


1 ulasan:
Woit betul lepas ini inspektor polis tu naik pangkat, akan sah menyertai kumpulan penyamun sudah capai KPI dalam kamus perasuah negara kah kah kah memang wajib memakai pangkat lebih tinggi, kepala dia pun lebih kurang sama juga perangai, selagi tidak kena tangkap tidak salah, itu polisi privasi kita amin kah kah kah
Catat Ulasan