Ahad, 23 November 2025

LANGKAH KERAJAAN YANG BETUL

 



Mulai tahun depan, kanak-kanak bawah 16 tahun dilarang ada media sosial sendiri

KUALA LUMPUR – Bermula tahun depan, kanak-kanak berusia 16 tahun dan ke bawah akan dilarang mempunyai akaun media sosial sendiri.

Menteri Komunikasi,  Fahmi Fadzil berkata, larangan tersebut dikuatkuasakan melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Jelas beliau, ia merupakan antara inisiatif kerajaan menerusi kementeriannya untuk mengekang jenayah siber rentas usia termasuk melindungi mereka daripada pemangsa seksual (pedofil).

“Itu keputusan Kabinet (larangan kanak-kanak bawah 16 tahun buka media sosial).

“Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun untuk membuka akaun media sosial.

“Selain melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur seperti yang dilakukan seperti Australia dan negara lain terutama dari segi mekanisme,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Syber Komuniti India Lembah Pantai, hari ini.

Jelas beliau, salah satu cara pelaksanaannya adalah menerusi pengesahan identiti pengguna (eKYC) daripada platform-platform media sosial.

“(Pengesahan adalah) dengan menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti pasport, MyKad dan MyDigital ID.

“Kita jangka dalam tempoh tahun depan, platform-platform media sosial akan dapat laksanakan,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama dan memainkan peranan penting dalam memastikan internet dalam negara selamat.

“Saya percaya sekiranya kerajaan, badan-badan penguatkuasaan bukan hanya ibu bapa memainkan peranan, kita dapat pastikan internet di Malaysia bukan hanya laju dan meluas serta murah tapi paling penting selamat terutama untuk keluarga dan kanak-kanak,” tambah beliau. -

INI LANGKAH

BETUL

AMIN

APAKAH BAWAH

16 TAHUN TAK

ADA TALIPON

AMIN

ADA  INTERNET

PASTI ADA A

MEDIA SOSIAL

AMIN

PERTARUNGAN

HEBAT AKAN

BERLAKU

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masih boleh entot 16 taun...get my drift? Yang lain tak bleh..pakai guni balut semua..kakakaka...

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah... adakah dengan tiada medsos maka keh buli selesai... kes rogol selesai..

tiada pisau.. streka pun berguna juga