PAGI INI
PAGI INI
SENIN 10 NOVEMBER 2025
TENGGELAM
PEDAGANG MANUSIA
Pagi ini kita semua terbaca berita LIMA MAYAT TERAPONG - mereka ini mati lemas dalam perjalanan naik perahu – sampan - boat – kapal untuk datang sebagai ke Malaysia – mencari pekerjaan.
Yang mati ini di katakan dari Myanmar. Ada yang selamat. Tapi ramai yang mati lemas - perahu mereka karam di pukul ombak – boat mereka tenggelam kerana terlalu ramai penumpang – minyak habis tengah jalan – semua dalam perjalanan untuk sampai ke Malaysia.
Ada PELARIAN PERANG - ROHINGYA DARI BURMA - ada dari Indonesia – semua datang dengan harapan membaiki kehidupan – INI TIDAK SALAH.
APA YANG SALAH ialah mereka ini wajib membayar pada TOKAN – yang akan membawa mereka ke Malaysia. Berapa bayaran ? Gua tak tahu – tapi mereka bergadai bergolak cari duit untuk naik kapal .
Di BELAKANG PERAHU INI pasti ada TOWKAY BESAR – Satu Towkay Besar di Myanmar dan Satu Towkay Besar di Malaysia – Pasti ada jaringan yang licik dan tersusun - Pasti ada juga hubungan dengan PIHAK BERKUASA – di Myanmar dan di Malaysia.
PENDATANG NAIK SAMPAN MATI TENGGELAM – bukan hanya berlaku di Malaysia – Di Afrika dalam perjalanan ke Eropah – Banyak mati dalam Laut Tengah dalam perjalanan dari Turki , dari Moroko, dari Libya – dari Tunisia – ke Itali – ke Sepanyol – ke Greece.
Juga ramai cuba melintas Selat Inggeris dengan pelampung getah – boat kecil – dari Peranchis – ramai tenggelam mati lemas. Beribu masih mencuba nak masuk ke UK dari Peranchis.
BERITA PENDATANG MATI LEMAS – ini tidak akan habis – habis – Ini panggilan ekonomi – ini panggilan yang membawa harapan hidup baru – Kuala Lumpur – London - menjadi tarikan – kerana di Malaysia ada KERJA.
BOLEH kah di padamkan PERDAGANGAN MANUSIA INI - pada hemat gua TIDAK MUNGKIN – selagi susunan EKONOMI BERAT BELAH – pasti ramai akan cuba nasib.
APA yang wajib kita lawan ialah TOWKAY BESAR – Taikong Laut dan Taikong Darat – Mereka ini bila berjaya di tahan DAKWA KES BUNUH !!! Khalas
UK
Pengerusi BBC letak jawatan. Ini kerana Rumah Putih kata BBC penjual tipu. Ada dokumentari yang melalui suntingan tunjuk Trump berucap sebagai kepala samseng beri arahan untuk merusuh.
FILIPINA
Satu lagi Taufan akan sampai – kali ini namanya Fung -wong – bergerak 190 batu sejam – Kini lebih 1 juta warga telah di arah berpindah.
UKRAINE
Hampir seluruh negara tanpa leterik. Rusia serang pusat dan pencawang jana kuasa.
GAZA
Turki sedang datang bantu untuk selamatkan lebih dari 200 warga Gaza yang terperangkap dalam terowong.
JEPUN
Gempa bumi 6.9 magnitud - Amaran Tsunami di canang.
AMERIKA
Kerajaan Amerika masih TUTUP – bajet tak lulus – pegawai kerajaan tak ada gaji – Lapangan Terbang banyak tutup – penerbangan tergendala kerana pekerja teknikal tak bekerja.
HOKKIEN
Pagi ini hujan - gua tak masuk Hokkien – makanan untuk Siti dan Keluarga gua simpan dalam peti sejuk.
Angin sejuk – dari dapur gua nampak hutan Hokkien hijau basah segar. Kuala Lumpur hilang dari penglihatan - di bungkus kabus.
Ketika gua menulis hujan dah berhenti – bila hujan selesai matahari akan keluar dan matahari akan muncul - gua menunggu. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SENIN
YANG SEJUK
BRO
Lu nak berjaya – lu mesti berani gagal.
BRO
Yang paling sulit ialah cara lu berfikir mengenai diri lu sendiri.
BRO
Jangan kata tidak – semua boleh – lu wajib cuba dulu. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan