Ahad, 9 November 2025

TANGKAP TOWKAY BESAR PENYELUDUP



Bot bawa PATI karam: 10 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini


KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat (CARILAMAT) insiden bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pulau Tarutao berhampiran sempadan perairan Thailand-Malaysia, mengesahkan 11 mangsa berjaya ditemukan, setakat ini.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) berkata, jumlah itu merangkumi 10 mangsa yang masih hidup dan satu mayat wanita yang ditemukan terapung di laut.

Pengarah Laksamana Pertama Maritim, Romli Mustafa, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat ramai lagi mangsa berada di laut.

Katanya, berdasarkan risikan awal, mangsa berlepas dari Buthidaung, Myanmar dan bot berkenaan dipercayai telah karam selama tiga hari di kawasan sempadan itu.

Menurut Romli, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuah menerima laporan tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita disyaki imigran Myanmar ditemui hanyut di perairan Tanjung Chincin.

Mereka diselamatkan oleh kapal MV Hong Linh 1 pada pukul 8.30 pagi semalam sebelum dibawa ke Jeti Kilang Simen Teluk Ewa dan diserahkan kepada Balai Polis Ayer Hangat untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi CARILAMAT yang dijalankan sejak petang semalam, berjaya menemui seorang wanita di atas sebuah vessel nelayan tempatan manakala empat lelaki warga Myanmar pula diselamatkan oleh kapal layar Adventure.

“Selain itu, seorang lagi mangsa yang turut disyaki dari Myanmar turut dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan setelah mangsa terdampar di kawasan Kelab Golf Datai.

Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak IPD Kuah,” katanya dalam satu kenyataan.

Penemuan mayat wanita dipercayai imigran Myanmar. -Sumber Maritim Malaysia.

Dalam pada itu, Romli menegaskan Malaysia bukan transit bagi sebarang cubaan kemasukan tidak sah ke negara ini dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang terlibat dalam penyuludupan manusia.

“Isu ini bukan sekadar kemanusiaan tetapi turut melibatkan keselamatan negara, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai khususnya komuniti maritim seperti nelayan dan pengusaha bot pelancongan melaporkan aktiviti mencurigakan di laut kepada talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di talian 04-966 2750 / 04-966 5307. -

TANGKAP TOWKAY 

PENYELUDUP

AMIN

BIASANNYA 

DATU & DATUK SRI

 ADA HUBUNGAN  

POLITIK & KUASA

AMIN

DAKWA KES

PEMBUNUHAN

AMIN

JANGAN HANYA

TANGKAP PATI

DAN TAIKONG 

MEREKA MANGSA

DATANG

 CARI MAKAN

AMIN

CARI PUNCA

KE AKAR UMBI

KHALAS

Tiada ulasan: