Ahad, 7 Disember 2025

BUAYA JADI MUSUH ZIONIS


Israel tembak mati ratusan buaya, bimbang reptilia dijadikan 'senjata musuh'


ISRAEL: Pihak berkuasa Israel membunuh ratusan buaya di sebuah ladang ternakan di Lembah Jordan dengan alasan langkah itu perlu bagi mengelak haiwan reptilia terbabit digunakan dalam kemungkinan serangan sabotaj di Tebing Barat, menurut laporan media.

Menurut Ynet News yang memetik Pentadbiran Awam, Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel, 'pelaku yang bermusuhan' berpotensi menembusi perimeter ladang buaya Petza'el yang kurang dijaga dan melepaskan haiwan berkenaan ke kawasan kejiranan.

Pegawai berkata, suasana keselamatan yang tegang menimbulkan kebimbangan bahawa buaya boleh dilepaskan secara sengaja sebagai sebahagian daripada serangan.

Agensi itu juga memaklumkan mereka tidak akan membuka siasatan terhadap pembunuhan buaya yang berlaku pada Ogos lalu, kerana ia dilakukan secara sah di bawah permit pemburuan yang sah.


Mereka menambah, keadaan ladang yang semakin teruk turut menimbulkan risiko keselamatan awam dengan beberapa percubaan melarikan diri sebelum ini serta peningkatan kejadian orang memasuki kawasan ladang secara haram.

Kumpulan hak haiwan, termasuk Let the Animals Live dan Animals Now, mengecam operasi berkenaan dan menuntut ketelusan yang lebih tinggi.

Mereka mendakwa, pihak berkuasa menyekat maklumat walaupun permohonannya sudah dibuat empat bulan lalu.

Kumpulan juga mempersoalkan sama ada pembunuhan semua buaya terbabit benar-benar perlu, memandangkan kebanyakan daripada haiwan itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Pihak berkuasa berkata, keputusan berkenaan adalah langkah luar biasa dan hanya dilakukan sekali bertujuan mengelak ancaman keselamatan serta mengurangkan penderitaan haiwan.

TANDA SEORANG

ZIONIS IALAH

ZALIM PADA

MANUSIA DAN

ZALIM PADA

BINATANG

KHALAS

Tiada ulasan: