Isnin, 15 September 2025

TRUMP MANGSA PERAS UGUT


TRUMP MANGSA

 PERAS UGUT


Donald Trump Presiden Amerika yang  ke 47 dilaporkan sebagai mangsa peras ugut. Apakah desas desus peras ugut ini masuk akal. Peras ugut memang  wujud dalam kehidupan harian. 

Kita selalu terbaca dan terdengar Si Anu dan Si Polan kena peras ugut.  Bukan hanya di Amerika ada peras ugut. Di Malaysia  juga ada  berlaku peras ugut. Peras ugut  istilah resmi – istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.  Lebih popular peras ugut di panggil pau. Mangsa peras ugut di kenali sebagai mangsa  kena pau.

Pihak yang menjalankan peras ugut atau pau ini akan mendapat keuntungan. Tujuan memeras ugut ialah untuk mencari untung. Ada keuntungan politik dan ada keuntungan ekonomi. Garis bawahnya ialah untung dan laba.

Kes pemerasan politik boleh melibatkan penggunaan  gambar,  video rakaman rahsia, rakaman perbualan talipon  untuk memburukkan pihak yang di ugut.  Jika ahli politik yang di pau - ini bertujuan  untuk memaksa keputusan politik yang akan menguntung tukang pau.

Ketua Negara atau Pak Menteri  akan di pau melalui gambar, rakaman video atau dokumen yang akan  memalu dan memburukan kedudukan mangsa. Mungkin juga Pak Menteri di pau untuk mendapatkan projek. Di pau untuk  mendapat tanah untuk cari gali atau untuk mendapatkan konsesi negara. 

Peras ugut ini  menggambarkan bagaimana maklumat, pengaruh ekonomi dan ancaman geopolitik digunakan untuk memanipulasi atau memeras pelaku politik dan negara untuk kepentingan politik. 

Tapi apakah masuk akal Donald Trump Ketua  Agong Angkatan Tentera Amerika – sosok yang paling berkuasa di dunia ini menjadi mangsa pau. Sekali imbas pasti tidak meyakinkan.  Tetapi media arus perdana Amerika terus melaporkan wujudnya berita Trump sedang  kena pau.

Tukang pau ialah Netanyahu Perdana Menteri Israel. Jelas ini satu tuduhan yang amat serius. Apakah ada kebenaran?

Tuduhan peras ugut ini  datang bukan hanya  dari Tik Tok  atau dari Penpengaruh yang  mencari nama. Tidak.  Tuduhan ini  datang dari  sosok-sosok  yang berpengaruh.

Kolonel Douglas Macgregor  yang pernah  bertugas dalam NATO. Sosok ini pernah terlibat  dalam perang  Kosovo tahun 1998. Sesudah bersara  Kolonel Macgregor menjadi Duta Amerika ke Jerman. Juga pernah bertugas sebagai Penasihat kepada Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika. Jelas sosok ini  bukan kecik anak.

Pada 8 September 2025 dalam Podcast Judge  Napolitano bekas Kolonel ini berkata   ‘ Netanyahu ada memegang sesuatu... untuk peras ugut Trump...’ Kata-kata ini muncul bila ditanya tentang pendirian Trump terhadap Gaza.

Perkara yang sama pernah di nyatakan oleh Ray MacGovern. Sosok ini bekerja sebagai  Penganalisa CIA dari tahun 1963 – 1990.  Kini bersara dan  pada tahun 2003 mengasaskan lembaga  VIPS - Veteran Intelligence Professionals for Sanity -  untuk menjaga kepentingan bekas-bekas pegawai   perisik CIA.

Ray MacGoveran tidak berlapik : ‘...  Netanyahu is blackmailing Trump... Netanyahu sedang memeras ugut Trump....’  Ini juga bersangkutan dengan dasar Trump terhadap Palestin dan Gaza. 

Pastilah sosok bekas penganalisa  CIA ini tahu apa yang sedang berlaku. Ini kerana kerja peras ugut  adalah sebahagian dari  cara bekerja CIA dan lembaga risikan untuk mendapatkan maklumat.

Seorang lagi pemikir dan pembuat dasar luar Amerika Profesor Jefferey Sachs juga memiliki pendapat yang sama. Profesor ini pernah menjadi penasihat presiden Reagan dan Gorbachev. Sosok ini terlibat dalam  penyelesaian Perang Dingin.

Pada 8 September 2025 dalam Judging Freedom Podcast  dia telah di tanya apa pandangan terhadap peras ugut. Profesor Sachs menjawab ‘... peras ugut ini berlaku dalam politik Amerika semenjak dulu...apa yang kita ketahui Epstein ialah dia agen Mossad...dia mengumpul bahan pau untuk mengkompromi para politikus Amerika... kerana itu tertiba file itu dikatakan hilang... tanda tangan Trump dikatakan bukan tulisan Trump...ini amat menyedihkan...’

Malah Tucker Carlson personaliti media dan  bekas Sauh Pengacara Fox News – penyokong kuat Trump juga merasakan bahawa  Trump hari ini telah masuk ke dalam saku Netanyahu.

Masuk ke dalam saku Netanyahu inilah yang menjadi punca  yang menimbulkan berita bahawa Presiden Amerika ini sedang menjadi mangsa pau Netanyahu.

Cukup mudah untuk memahami bagaimana peras ugut ini berjalan. Bahan ugut di rakam dan di kumpul oleh Epstein dan  sampaikan kepada Mossad.   Netanyahu Perdana Menteri Israel akan memberi tahu secara berseloroh bahawa dia telah menuntun  babak   Trump ‘bergumpal diatas katil ‘   di Rumah Tamu Epstein.

‘ Tapi jangan risau  tuan Presiden ....saya akan beri arahan pada  Mossad untuk memusnahkan bahan-bahan ini....‘ Khalas. Ayat pendek ini telah mencukupi untuk memasukan Trump ke dalam saku Netanyahu.

Berita Presiden Amerika  kena pau oleh Mossad makin menjadi-jadi. Pertama apabila Trump  mengarahkan Jabatan Peguam Negara Amerika untuk menemu bual Ghislaine Maxwell yang sedang menjalani hukuman 20 tahun penjara  kerana menjadi Ibu Ayam.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kemudian  telah mengeluarkan transkrip wawancara ini.

Dalam transkrip yang dikeluarkan Ghislaine  Maxwell memuji Trump dan menegaskan bahawa dia tidak pernah melihat Trump terlibat dalam sebarang kelakuan lucah.

"Saya sebenarnya tidak pernah melihat Presiden  Trump dalam apa-apa jenis suasana atas katil sedang di urut ," kata Ghislaine.

Apa yang memeranjatkan ialah sesudah temu bual ini dijalankan Ghislaine telah di pindahkan ke penjara yang lebih lumayan. Ini memperkuatkan teori bahawa  Ghislaine sedang membantu membersihkan nama Trump. Untuk ini Ghislaine telah di hadiahkan penjara yang lebih lunak.

Apa yang lebih meyakinkan warga Amerika bahawa Trump sedang kena pau ialah dasar Trump dan tidak tanduk Trump terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza. 

Ketika ini Amerika menghadapi dua perang : Perang Ukraine dan Perang Gaza.  Dasar dan tidak tanduk Trump  terhadap Ukraine agak  jauh  berbeza  dengan dasar Trump dengan Gaza. 

Untuk Ukraine Trump mahu perang di tamatkan. Manakala untuk Gaza Trump seolah -olah   tutup mata  tidak ambil tahu apa yang sedang di lakukan  Israel. 

Genosid  yang kini di kutuk oleh  seluruh dunia tetapi Trump tidak memberi apa-apa komen.  Malah dasar pro Israel Trump dalam politik Amerika makin menjadi-jadi. Beberapa buah universiti tersohor  seperti Havard dan Yale telah di kenakan  sekatan dana kerana di tuduh oleh Trump sebagai  sarang pro-Palestin.  

Paling akhir ialah melarang kemasukan delegasi Palestin ke New York untuk mengambil bahagian dalam persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  dalam bulan September ini.

Apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin dan Gaza di lihat oleh Trump sebagai tindakan Israel mempertahankan diri.  Malah Amerika di bawah Trump terus menghantar bantuan senjata kepada  Israel.

Hakikatnya jika pagi esok Presiden Donald Trump membuat kenyataan mengarahkan Netanyahu memberhentikan serangan terhadap Gaza dengan serta merta pembantaian   terhadap Palestin akan berhenti.

Jika esok pagi Presiden Donald Trump  beri arahan agar semua pintu masuk di sempadan Israel di buka. Maka beratus-ratus lori yang tersadai di Rafah boleh masuk membawa bantuan makanan  dan perubatan ke Gaza.
Jika esok pagi  Presiden Donald Trump  membuat kenyataan bahawa segala bantuan ketenteraan – senjata dan peluru  dihentikan dari dihantar ke Israel. Dengan serta merta United Kingdom juga akan berhenti sama.

Tetapi semua ini tidak berlaku walau pun dari kajian dan pungutan suara kini lebih dari  35 % warga Amerika bersimpati terhadap Palestin.

Pada  28 Ogos 2025 Al-Jazeera melaporkan pungutan suara terbaru  menunjukkan bahawa setengah dari pengundi  di Amerika mengangap Israel sedang melakukan genosid.   Berita yang sama juga melaporkan   6 dari 10 pengundi di Amerika menentang penghantaran  senjata ke Israel. 

Sehingga akhir Ogos dan awal September 2025, 147 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf sebuah negara Palestin. Jumlah ini termasuk ikrar baru-baru ini untuk mengiktiraf kenegaraan dari negara seperti Perancis, UK, Kanada dan Australia, yang akan diserahkan kepada Perhimpunan Agung PBB pada bulan September ini. Majoriti negara di Timur Tengah, Asia, dan Afrika sudah mengiktiraf Palestin. 

Pada bulan September ini kita akan melihat bahawa persidangan PBB akan beralih dari New York ke Geneva di Switzerland. Ini untuk membolehkan wakil dari Palestin datang sama   mengambil bahagian.

Semua yang sedang terpapar di hadapan  mata kita menunjukan bahawa Amerika di bawah Trump kini terpencil bersendirian. Malah  sekutu dan kawan setia Amerika di Eropah juga telah beralih kiblat untuk menyokong terdiri sebuah negara bernama Palestin.

Dengan semua yang terpampang  Presiden Donald Trump masih enggan   menarik diri dan mengubah haluan tentang Zionis Israel. Maka tidak dapat tidak berita bahawa Donald Trump sedang kena pau oleh Netanyahu diyakini.

Jelas lagi meyakinkan kenapa Trump terus mengikut telunjuk Netanyahu walau pun dunia sudah beralih.  Jelas dan meyakinkan bahawa  Netanyahu dan Mossad memilik bahan-bahan sulit yang akan mengkompromi  status Trump sebagai Presiden.

Apa  yang ada dalam file Epstein tidak kita ketahui. Apa yang akan kita ketahui ialah bila pengundian di ambil di Geneva  dalam persidangan PBB  September ini ialah 191 menyokong  mewujudkan negara Palestin. Dua undi menolak – Israel dan Amerika.

Maka jelas dan terbukti bagaimana kuasa pau – kuas peras  boleh mengalih geopolitik dunia. Amin. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI



















Tiada ulasan: