Selasa, 31 Mac 2026

IKAN DI TELUK PARSI MAKAN DAGING ASKAR AMERIKA


SELAMAT DATANG

SELAMAT

MENDARAT

AMIN

SEMUA IKAN

DI TELUK PARSI

GUMBIRA MERASA

MAKAN DAGING

SOLDADU AMERIKA

KAH KAH KAH

KHALAS 


Ribuan askar payung terjun AS mula tiba di Asia Barat

WASHINGTON: Ribuan anggota tentera daripada Divisyen Udara Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) mula tiba di Asia Barat, kata pegawai AS kepada Reuters, ketika Presiden, Donald Trump menimbang langkah seterusnya dalam perang terhadap Iran.

Reuters sebelum ini melaporkan pada 18 Mac pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan untuk menempatkan ribuan lagi anggota tentera AS ke Asia Barat, satu langkah yang boleh memperluas pilihan termasuk penempatan pasukan di dalam wilayah Iran.

Pasukan payung terjun yang berpangkalan di Fort Bragg, North Carolina itu menambah kepada ribuan anggota tentera laut, Marin dan pasukan operasi khas sudah dikerah ke rantau berkenaan.

Pada hujung minggu lalu, kira-kira 2,500 anggota Marin tiba di Asia Barat.

Pegawai berkenaan, yang tidak didedahkan identiti, tidak menyatakan secara khusus lokasi penempatan tentera itu, namun langkah terbabit sudah dijangka.

Penambahan anggota Tentera Darat itu termasuk elemen ibu pejabat divisyen udara 82, sokongan logistik dan lain-lain serta satu pasukan briged tempur.

Tiada keputusan dibuat untuk menghantar tentera ke Iran, namun langkah itu bertujuan meningkatkan keupayaan bagi operasi berpotensi pada masa hadapan di rantau berkenaan, kata sumber.

Tentera berkenaan boleh digunakan bagi beberapa tujuan dalam konflik Iran, termasuk percubaan menawan Pulau Kharg, hab bagi 90 peratus eksport minyak Iran.

Awal bulan ini, Reuters melaporkan terdapat perbincangan dalam pentadbiran Trump mengenai operasi untuk menguasai pulau itu.

Langkah sedemikian berisiko tinggi kerana Iran mampu menyerang pulau berkenaan dengan peluru berpandu dan dron.

Reuters sebelum ini turut melaporkan pentadbiran berkenaan membincangkan kemungkinan menggunakan pasukan darat di dalam Iran untuk mengeluarkan uranium diperkaya tinggi, namun pilihan itu berpotensi menyebabkan tentera AS berada lebih lama di dalam wilayah Iran bagi mendapatkan bahan yang berada jauh di bawah tanah.

Perbincangan dalaman pentadbiran Trump juga merangkumi kemungkinan menempatkan tentera di Iran bagi memastikan laluan selamat kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz.

Walaupun misi itu dijangka dilaksanakan terutamanya melalui kekuatan udara dan laut, ia juga boleh membabitkan penempatan tentera di pesisir pantai Iran.

Sebelum ini Trump dilaporkan berkata AS sedang berbincang dengan "rejim yang lebih munasabah" bagi menamatkan perang di Iran, namun mengulangi amaran kepada Tehran supaya membuka Selat Hormuz atau berdepan serangan AS ke atas telaga minyak dan loji jana kuasa.

Sebarang penggunaan tentera darat AS, walaupun untuk misi terhad, boleh menimbulkan risiko politik besar kepada Trump berikutan sokongan awam AS yang rendah terhadap kempen Iran serta janji beliau sebelum pilihan raya untuk mengelakkan AS tebabit dalam konflik baharu di Asia Barat.

Sejak operasi bermula pada 28 Februari lalu, AS melancarkan serangan terhadap lebih 11,000 sasaran. Lebih 300 anggota tentera AS cedera dan 13 anggota terkorban dalam Operasi Epic Fury. - REUTERS






Tiada ulasan: