Sabtu, 14 Mac 2026

TAMAK SELALU RUGI


PEPATAH KATA

ORANG TAMAK

SELALU RUGI

MACAM ANJING

DENGAN BAYANG

AMIN

MAK CIK OOOI

DUIT DAH RAMAI

DAH ADA 2 JUTA

REHAT LAA

TAK CUKUP KE?

KHALAS


Warga emas rugi RM2.26 juta ditipu skim pelaburan saham AI

KUALA LUMPUR – Seorang wanita pesara swasta berusia 66 tahun rugi RM2.26 juta kerana menjadi mangsa penipuan skim pelaburan saham.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada 11.16 pagi semalam.

Jelasnya, wanita itu diperkenalkan satu pelaburan saham di bawah sebuah syarikat oleh seorang ejen pada 2023 yang menjanjikan dividen 10 peratus setiap tiga bulan.

“Mangsa membuat beberapa transaksi bayaran secara berperingkat sehingga berjumlah RM2,262,750 dan tidak menerima pulangan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Lazim, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dilaporkan, seorang pesara swasta wanita mendakwa rugi hampir RM2.5 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan automatik berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang diperkenalkan oleh seorang individu.

Individu itu dipercayai menguruskan pelaburan keluarganya sejak beberapa tahun lalu.

Wanita berkenaan dikatakan membuat pelaburan itu sejak 2023 selepas diperkenalkan kepada sebuah syarikat pelaburan yang akhirnya menyebabkan jutaan wang miliknya lesap.-MalaysiaGazette

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nenek kau ke? kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Ini sifat tamak, semua yang lahir sebagai manusia akan ada sifat tamak, pemimpin curi berjuta berbillion, penjawat awam curi rasuah berjuta beribu sampai ratusan, manakala orang miskin teraniaya terus menerus menunggu bantuan, dapat lah buah kurma, tin sardin, beras, gula kopi biskut empat segi, pelik ramai orang kita yang syumul tidak habis sifat tamak sampai sekarang, sejak bertahun mencuri rasuah komisen tetapi tidak pernah cukup, pergi Haji Umrah berulang kali mencuci dosa kononnya lah tetapi diteruskan juga kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

islam anutan isham, akmal yang menghalalkan penipuan, merobohkan kuil. ptuih!