TERAM
CAKAP IRAN
DAH KALAH
KAH KAH KAH
NAVY DAH HANCUR
KAPAL TERBANG
DAH ABIS HANGUS
KAH KAH KAH
MASUK LAAA
SERANG
KAH KAH KAH
KENAPA TAK
BERANI MASUK
KHALAS
AS dakwa keupayaan serangan, pertahanan tentera Iran amat terhad
Tindakan berterusan Iran itu menggugat pasaran tenaga dunia, menyebabkan tentera AS melaksanakan sekatan laut terhadap Iran dan menimbulkan keraguan global terhadap dakwaan kemenangan yang dibuat Presiden AS, Donald Trump.
Cooper bagaimanapun enggan memberikan anggaran khusus mengenai baki peluru berpandu dan dron Iran, namun memperkecilkan ancaman itu dengan mendakwa tentera AS sudah mencapai semua objektif serangan mereka terhadap Iran.
Beliau berkata, industri pertahanan Iran mengalami kemerosotan sehingga 90 peratus.
"Mereka hanya mempunyai keupayaan yang sangat terhad, jika tidak kecil, untuk meneruskan serangan. Kami sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada jawatankuasa Senat AS.
Cooper berkata, Iran bukan sahaja lemah dari segi ketenteraan di dalam negara, malah pengaruhnya di Asia Barat turut terjejas apabila Tehran tidak lagi mampu menyalurkan senjata dan bantuan kepada sekutu utamanya di rantau itu iaitu Hizbullah di Lubnan, Houthi di Yaman dan Hamas di Gaza.
"Semua laluan dan kaedah penghantaran itu sudah diputuskan," katanya.
Dalam keterangannya, Cooper lebih menumpukan kepada pencapaian taktikal operasi ketenteraan berbanding matlamat strategik perang.
Beliau juga enggan menjawab soalan berkaitan usaha membuka semula Selat Hormuz, mengawal simpanan uranium diperkaya tinggi milik Iran atau menamatkan konflik mengikut kehendak AS, dengan alasan maklumat itu sulit atau di bawah bidang kuasa pentadbiran Trump.
"Saya bercakap dari sudut ketenteraan. Kami sudah melemahkan secara besar-besaran keupayaan dron, peluru berpandu dan tentera laut mereka.
"Kami memusnahkan sistem arahan dan kawalan mereka. Sebahagian besar program angkasa mereka juga sudah dihapuskan. Mereka kini lemah dalam hampir semua aspek kuasa negara," katanya. - REUTERS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan