RANCANGAN LICIK
DARURAT SEDUNIA
AMIN
AKAN DIPAKSA
PADA KITA SEMUA
AMIN
TUJUAN UNTUK
PAKSA
WARGA DUNIA
GUNA DIGITAL
AMIN
MUDAH DIKAWAL
IKUT ARAHAN
AMIN
KENAPA KKM
TAK BUKA
DAN BINCANG
PROJEK NAK
PAKSA RAKYAT
BELI INSURAN
UNTUK HOSPITAL ?
AMIN
WAJIB INSURAN
INI LEBIH BAHAYA
DARI EBOLA
DADI HUTAN AFRIKA
KHALAS
KKM tingkat kesiapsiagaan susulan Ebola diisytihar darurat kesihatan global
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memperkukuh langkah kesiapsiagaan dan pemantauan susulan pengisytiharan penyakit Ebola disebabkan virus Bundibugyo sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 17 Mei.
Menurut kenyataan KKM semalam, tiada kes Ebola dilaporkan di Malaysia setakat ini, namun langkah kesiapsiagaan terus dipertingkatkan mengambil kira risiko importasi kes melalui perjalanan antarabangsa susulan wabak di Congo dan Uganda.
"KKM memantau pengembara memasuki Malaysia dari Uganda dan Congo, termasuk mereka yang melalui penerbangan transit di hab antarabangsa seperti Dubai, Doha dan Singapura. Buat masa ini, tiada penerbangan terus dari kedua-dua negara tersebut ke Malaysia," menurut kenyataan itu.
KKM memaklumkan pemantauan dan saringan terus diperkukuh bagi tujuan penilaian risiko kesihatan awam serta pelaksanaan langkah pencegahan awal.
Menurut kenyataan itu, sebanyak lapan kes disahkan makmal dan 246 kes disyaki dilaporkan WHO setakat 16 Mei lepas, serta 80 kematian disyaki dilaporkan di Wilayah Ituri, Congo, manakala dua kes disahkan makmal termasuk satu kematian dilaporkan di Kampala, Uganda membabitkan individu mempunyai sejarah perjalanan dari Congo.
KKM memaklumkan Ebola adalah penyakit berjangkit serius yang boleh membawa maut dan menular melalui kontak rapat dengan darah atau cecair badan individu atau haiwan dijangkiti.
Antara gejala penyakit ialah demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, muntah, cirit-birit dan dalam sesetengah kes, pendarahan.
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara, KKM memaklumkan pelbagai langkah telah dan sedang dilaksanakan termasuk memperkukuh survelan di semua pintu masuk antarabangsa, meningkatkan pengesanan awal kes serta kesiapsiagaan fasiliti kesihatan untuk pengasingan dan pengurusan kes disyaki.
Selain itu, kesiapsiagaan alat perlindungan diri (PPE) dan latihan petugas kesihatan turut dipastikan berada pada tahap optimum di samping memperkasakan kapasiti diagnostik makmal menerusi kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).
KKM turut memperkukuh koordinasi dan pemantauan risiko global bersama WHO, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), syarikat penerbangan serta agensi berkaitan.
"Individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara terbabit dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti demam, sakit badan, muntah atau pendarahan dalam tempoh 21 hari selepas pulang dari negara berkenaan," menurut kenyataan itu.
KKM menyeru orang ramai juga untuk sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumberrasmi KKM dan WHO serta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan