CHINA SESAT
INI TAK TAHU
ASAL USUL
ATAU TAK TAHU
JALAN KE LORONG
HAJI TAIB
KAH KAH KAH
KHALAS
Bos J-Kom kena kecam gara-gara ungkapan 'Cina sesat'
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang baru dilantik, Hisyamuddin Ghazali, menerima kecaman selepas menggelar dua pengkritik kerajaan sebagai “Cina sesat” di Facebook.
Hisyamuddin, yang lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, menerima kritikan daripada ahli politik pembangkang mahupun kerajaan berikutan kenyataan yang dilihat berunsur perkauman.
Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, adalah tidak wajar bagi seorang pegawai kerajaan seperti Hisyamuddin membuat kenyataan berbaur perkauman dan menggesa agar dia dipecat.
"Ini akibat apabila lantikan PM10 dan Menteri Komunikasi tidak tahu tempat dan statusnya dalam kerajan.
"Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Syam Ghaz, jelas tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pegawai kanan kerajaan yang dibayar gajinya menggunakan duit cukai rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tun Faisal berkata hantaran itu bukan sahaja tidak beradab, menunjukkan tahap profesionalisme yang rendah dan melanggar tata etika Penjawat Awam, tetapi juga berbau perkauman dan penghinaan, serta mencemarkan imej kerajaan madani PH-BN dan PM10.
Sementara itu, Presiden MCA dalam satu kenyataan turut menuntut Kementerian Komunikasi mengarahkan Hisyamuddin mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atau disingkirkan daripada jawatan tersebut.
Parti itu juga mengkritik DAP dan timbalan menteri komunikasi, Teo Nie Ching, kerana didakwa berdiam diri berhubung kesalahan Hisyamuddin.
“Jika perkataan seperti ini digunakan oleh pihak pembangkang, sudah tentu DAP paling lantang bercakap tentang 3R (kaum, agama dan raja), perpaduan nasional dan keharmonian kaum.
“Tetapi apabila ia datang daripada pegawai kerajaan yang baru dilantik, mengapa DAP diam?
“MCA menuntut Teo Nie Ching dan Kementerian Komunikasi menyatakan sama ada kenyataan itu boleh diterima atau tidak, mengarahkan Syam Ghaz memohon maaf secara terbuka atau memecat dia, serta menjelaskan sama ada tindakan tatatertib akan diambil,” katanya.
Parti komponen BN itu juga menggesa kerajaan memberi jaminan bahawa J-Kom tidak akan digunakan sebagai jentera propaganda partisan yang dibiayai wang rakyat.
‘Gaji dibayar guna wang rakyat’
Penganalisis politik pro-BN, Eric See-To turut menyindir DAP dengan bertanya kepada setiausaha agungnya, Anthony Loke sama ada dia juga menggelarkan dirinya sebagai “Cina sesat” seperti dalam hantaran Hisyamuddin.
“Anthony Loke Siew Fook, adakah anda juga ‘cina sesat’? Ini daripada ketua J-Kom baru anda yang dibayar menggunakan dana awam — wang rakyat termasuk cukai daripada rakyat Cina.
“Apa komen DAP dan PKR?” katanya di Facebook.
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Annuar Musa pula menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar.
Dia berkata sebagai ketua J-Kom, Hisyamuddin sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan bukannya menghina sesiapa dengan kenyataan berunsur perkauman.
“J-Kom adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menjelaskan dasar- dasar kerajaan kepada rakyat, bukan bertindak emosi di media sosial.
“Dalam negara ini kita tidak perlukan sikap kebencian melampau apa lagi atas nama kaum atau bangsa.
“Islam menolak perkauman dan sikap asabiyyah,” katanya.
‘Tugas saya bantu PMX’
Hisyamuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom pada 8 Jun, menggantikan Ismail Yusop yang ditamatkan perkhidmatan lebih awal sebelum dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Sejak itu dia kerap memuat naik hantaran di media sosial dan dilihat bersikap agresif terhadap pengkritik kerajaan.
Kenyataan berbaur perkauman itu berlaku semalam apabila dia membuat hantaran terhadap ahli perniagaan Albert Tei dan Eric See-To, yang turut digelar sebagai "balaci" pembangkang.
“Balaci pembangkang Eric Lim Sian See dan Albert Tei sebelum ni 24 jam serang PMX Anwar Ibrahim, kini hadap saya seorang ja.
“Oklah, tugas saya bantu PMX supaya fokus bangunkan negara berjaya.
“Dua Cina sesat tu bagi kami uruskan. Jalan terus!” tulisnya di Facebook pada 5.37 petang.
Bagaimanapun, hantaran asal tersebut telah disunting sebanyak dua kali, di mana dia membuang perkataan “Cina” dan kemudian “balaci”, namun perubahan itu masih kelihatan dalam sejarah suntingan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan